Monday, November 15, 2010
Wednesday, November 10, 2010
Oh bersemangat lah! ^_^V
Exam Time Table
Matric : 192443
Sem : 5
Name : Maryam Abdul Rahman
Programme : BIBM
24 /11/2010 International Marketing (900-1130am)
27/11/2010 Financial Management II (830-1100pm)
28/11/2010 Operation Management (230-500pm)
29/11/2010 Office Technology Management (230-500pm)
30/11/2010 Computer Application in Mngmnt(830-1100pm)
2/12/2010 Sea Transportation (230-500pm)
10/12/2010 Social Science (300-530pm)
Sesungguhnya manusia itu tiadalah perbezaannya antara satu sama lain melainkan taqwa sahaja yang dinilai disisi Allah SWT. Allah berfirman yang mafhumnya, "mintalah kepadaKu nescaya akanKu perkenankan
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dosa anak-anak kami, dan dosa seluruh muslimin muslimat samada yang masih hidup atau yang telah mati.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami menadah tangan kepadaMu, berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari, berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari, keluarkanlah kami daripada lembah kejahilan dan kegelapan kepada daerah cahayaMu dan ilmu pengetahuan.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hambaMu, maka anugerahkanlah kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah patuh dan taat kepada kedua ibubapa kami, tambahkanlah kasih sayang diantara kami, jauhkanlah rasa benci hasad dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ikhlaskan hati kami dalam menuntut ilmu, kekalkan semangat yang tinggi untuk terus belajar tanpa ada rasa jemu, janganlah Engkau palingkan hati-hati kami, lindungilah kami dari menuntut ilmu hanya kerana segulung sijil, hanya untuk harta, hanya untuk wanita, dan hanya untuk tahta, lindungilah kami dari sifat tamakkan dunia.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat kepada diri dan agama kami, jadikanlah kami orang yang beramal dengan ilmu yang telah Engkau pinjamkan kepada kami.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berilah kejayaan kepada kami dalam peperiksaan yang bakal kami tempuhi, tenangkan hati kami, lapangkan dada kami, luaskan fikiran kami, kuatkan ingatan kami, dan janganlah Engkau jadikan kami tergolong dalam golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami hamba yang lemah hina dan dina ini memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah kami dalam golongan yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupan kami, maka kepadaMu kami memohon, redhailah kami dalam apa jua yang kami kerjakan.
Salam gudluck untuk sahabat2 yang akan menghadapi final exam.semoga kita semua mendapat kejayaan dunia dan akhirat mengikut kehendakNya..^_^V
"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih.."
Tuesday, November 9, 2010
Seindah musibah mengajar~ -Al-kisahnya banjir-
Assalamualaikum wbt.
Seperti yang tertera di dada-dada akhbar, kaca-kaca television, Kedah ,Perlis, dan Kelantan kini dilanda musibah yang amat dasyat bila banjir besar melanda negeri-negeri ini. Aku sebagai student Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah tak kurang terkejutnya apabila melihat sendiri kejadian ini berlaku di depan mata. (haihh rasa cam formal lah pulak..adoii..)
Well, 26 Nov (Tuesday) haritu aku balik ke kampung halaman, sangat seronok sehingga tak baca buku padahal dah sedia maklum U bg cuti bukan untuk berfoya-foya dan berjimba-jimba. Lambat lagi masa untuk itu. Sekarang ni sepatutnya STUDY, nama pun STUDY WEEK, maka minggu untuk menghabiskan sisa-sisa highliter, dakwat-dakwat pen, dan juga helaian-helaian test pad yang masih berbaki sejak belian pertama dari awal semester (ianya sangat tebal okeyy, mmg lah lambat nak habis =.=”) hishh, sangat tegar kan.. =) So for the whole week duduk rumah terasa sangat bahagia, bahang exam tertinggal kat highway mana aku pon tak tahu lah, maklum lah Kedah-Selangor takes 6-7hours u know…hehe..
3rd Nov 2010 - Aku dengan penuh semangat yang berkobar-kobar lah nak pulang ke kampus, (after balik Bangi for about a week ) coz dah start study week, ikutkan exam, first paper start 13 Nov 2010 - Social Science. Jadual study pun dah arranged baik punyer, hehe. So before balik pun, ada jugak member2 informed bahawasanya keadaan di Kedah getting better, area Canglun yang sebelumnya banjir dengan sangat teruk, kian surut. Convocation uum juga turut terpaksa dibatalkan,dek bah yang melanda. Fuhh fikir exam punyer pasal, buku pun bawak balik untuk 2subjek terawal nak exam tu,maka pikiaq punyer pikiaq, macam-macam mana pun I have to find the way nak sampai Campus. So malam tu jam 2300 gerak jugak ke Kedah walaupun mama dan walid tak berapa setuju sebenarnya. =_=”. Sepanjang perjalanan tak berhenti berdoa agar selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Makanya setelah hampir 7 jam duk dalam bus, pinggang pun dah mula sakit, perut pun dah mula lapar, tengok kat luar tingkap bus, rupa2nya dah masuk kawasan negeri Kedah. Sepanjang perjalanan dari Alor Star ke Canglun, Masyaallah terkejut nya bile melihat keadaan banjir yang dikatakan dah mulai surut itu rupa2nya dahsyat. Banyak kereta yang tersadai di tepi jalan, mangsa-mangsa banjir mula membawa diri memasang ‘khemah’ mereka di bahu2 jalan, warga2 emas, kasihan mereka..hampir menitis air mata melihat mereka yang tak tahu ke mana harus dituju.. mesti diorang sejuk kat luar tu.. bangkai2 haiwan turut bergelimpangan di kawasan2 yang telah surut.. Airport pun dah tak nampak macam airport, lebih tepat jika aku katakana ia benar2 kelihatan seperti lautan yang luas terbentang, kawasan bendang juga begitu. Seriously sangat tragis. Tetapi aku percaya akan setiap ape sahaja yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Aku pasti!
“Wahai hamba Allah yang lemah,
Jangan bersedih, Laa Tahzan, Don’t be sad..
Tuhanmu sedang mengajarmu erti SABAR, REDHA dan BERSYUKUR..”
Alor Star
Jitra
Jitra - Canglun
Canglun
All the way, aku non-stop texting my besties, kak hana and as well as to my mom yang sabar menanti berita demi berita tentang keadaan di Kedah pada ketika itu. Mama makin risau, die suh aku patah balik ke Kajang masa tu jugak, hoho, mama akak fine la insyaallah, mana taknya, aku p habaq kat dia bus pun masuk ayaq paras lutut, dia duk kat ghumah pun naik ketaq lutut skali dengaq…haha.. Alhamdulillah sumenya selamat, penumpang pun takde dibahagian bawah tu. Bus 2 tingkat, semuanya berada di tingkat atas bus. =) Maka perjalanan yang seharusnya memakan masa hanya 6-7 jam, menjadi 10jam. Apapepun ia, aku bersyukur kerana dengan izinnya jua, aku selamat sampai di Kolej Bank Rakyat , UUM pada jam 1000.
Sesampainya aku dibilik, bersih diri, solat, terlelap sehingga masuk waktu Zohor. Usai solat zohor, dapat pula berita terkini..haha.. apo berito eh? Ce koba sikit.. ‘Penangguhan Perperiksaan Akhir’. Well..aku tergelak bile dapat tahu tentang berita tu. Aku pun tengok lah kat luar tingkap bilik aku, kolej jadi huru hara, semua org lintang pukang ke hulu kehilir mikirkan cara nak balik secepat mungkin. Because pada masa yang sama kitorang dapat berita yang Kedah dijangka akan mengalami 2nd wave which will be more-more terrible than before. Ya Allah, hebat sungguh dugaanMu. Jadi student kelam kabut cari jalan keluar dari UUM, setepatnya dari negeri Kedah pada waktu itu. Dari mimik muka mereka, kelihatan resah, gelisah, ditambah pula berita mengatakan, empangan dari arah Thailand akan dibuka, maka air akan melimpah hampir keseluruh negeri ini! Jadi sumber makanan akan berkurangan, dengar kata bekalan air dan elektrik juga akan di putuskan. Bertambah-tambah lah kerunsingan pelajar2 ini. Aku pula hanya senyap, mendengar dengusan disana sini. Maklum lah, baru je sampai, masih lagi blur2, orang lain dah berpusu2 keluar kampus nak selamatkan diri den lak baru yo sampai yob! Baru yo sampai! ..haha..
Dikala kolej makin sunyi, aku still stay. Kak mi setia menemani. Thanks kak neh, sok luso kito kelik samo neh =P Jadi atas keperihatinan + nasihat banyak pihak, aku balik juga ke Bangi on the 7th Nov, selepas setel sume urusan2 berkaitan exam dan sebagainya. Pasal 2nd wave yg dikatakan tu, Alhamdulillah tak kene kat kawasan kitorang. Dikatakan teruk kat kawasan Alor Star, kawasan Jalan Sultanah. Apapepun, aku bersyukur, musibah yang menimpa ini banyak membuatkan aku berfikir, erti syukur, sabar, hikmah.. Sekurang2nya atas ape yang menimpa, aku lebih banyak mengingatiNya. Tetapkan lah iman hambaMu ini Ya Allah.
“Sesungguhnya, besarnya balasan sesuai
dengan besarnya musibah. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai
kepada suatu kaum, maka mereka akan diuji dengan berbagai macam musibah.
Barang siapa yang redha, maka dia akan diredhai oleh Allah. Dan barang siapa yang tidak menerima (atas
musibah tersebut), maka dia akan dimurkai Allah.” (H.R. Tu ...rmudzi,
dia berkata: Hadis Hasan).
dengan besarnya musibah. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai
kepada suatu kaum, maka mereka akan diuji dengan berbagai macam musibah.
Barang siapa yang redha, maka dia akan diredhai oleh Allah. Dan barang siapa yang tidak menerima (atas
musibah tersebut), maka dia akan dimurkai Allah.” (H.R. Tu ...rmudzi,
dia berkata: Hadis Hasan).
p/s : Again, duduk rumah, study lah wahai Maryam, buku ko dah bawak balik 1 beg roda penuh..insaf lah, insaf.. XD
Wednesday, October 20, 2010
I will never give up guys!! Neva!!
Assalamualaikum.
On what I have gone through today, I admit I’m a bit sad.
Really sad on what had happened.
Have been scolded for not complete the task given.
Plus, marks have been deducted.
Oh my~ what a day~
Im ashamed!
But I know, this sadness will stay no longer,
IF..
IF I WANT to make the difference..
IF I WANT to struggle for it..
IF I BELIEVE myself..
That’s only IF.. Now Maryam, left the IF behind.
Look forward, search for the strength.
Starting from now, I'm not going to depend on somebody else, or i have to rely on anybody else either.
Perhaps thats the right path for me to walk, to find back my strength that i lost nowadays.
"I will never give up no matter what the odds are, no matter what people say, no matter how far, I WILL NEVER GIVE UP!
Even when it seems all over, even when no one else believes, even it seems I can go further,
I WILL NEVER GIVE UP!
For I know I have strength within, For I know I can preserve, For I know that I can win,
I WILL NEVER GIVE UP!"
~AS ALLAH IS ALWAYS THERE FOR ME~
Tuesday, October 19, 2010
In the middle of nowhere
Assalamualaikum
Tak ade ape yang nak dicoretkan sangat. Akhir-akhir ini merasakan diri ini sangat hina. Tak tahu lah ape tujuan hidup. Aku sia-sia kan waktu yang ada. 22 tahun berlalu begitu sahaja. Amalan-amalan yang aku kumpul?? Setimpal dengan usia hidup ku? Pahala yang x pasti mencecah amalan 1 tahun, 22 tahun, apatah lagi.. 10 bulan? 8 bulan?? Aku tewas Ya Allah. Aku tewas! Masihkah ada untukku keampunan Ya Allah...Masih,aku dambakan SyurgaMu..T_T..
Sunday, October 17, 2010
Masihkah ada untukku keampunan?
Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan?
Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan
Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dariMu
Memandu hambaMu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syurgaMu
Dan Kau tunjuki dengan hidayahmu
Hanyalah padaMu kuhadapkan diri
Mohon keampunan
Wahai Yang Maha pengasih
Bantulah hambaMu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepadaMu
Memohon limpah rahmatMu
Sunday, July 18, 2010
Time Table
Time Table First Semester 2010/2011
5th Semester.
Sunday
- 2.00 – 3.30pm – Computer Applications in Management
- 3.30 – 5.00pm – Operation Management
Monday
- 9.30 – 11.00am – Science Social
- 11.00 – 12.30pm - Office Management
- 12.30 – 2.00pm – International Marketing
- 3.30 – 5.00pm - Financial Management II
Tuesday
- 8.00-11.00am - Sea Transportation
Wednesday
- 2.00 – 3.30pm – Computer Applications in Management
- 3.30 – 5.00pm – Operation Management
Thursday
- 9.30 – 11.00am – Science Social
- 11.00 – 12.30pm - Office Management
- 12.30 – 2.00pm – International Marketing
- 3.30 – 5.00pm - Financial Management II
Friday
- Weeee!! Free..
Saturday
- 8.30 – 10.30am – Archery
p/s : hopefully sem ni bertambah2 semangat tuk study, struggle tuk pointer TERBAIK insyaallah.. XD
sem ni nak camni :
I wanna answer dat question!!! Me, plzz..plzz!! HAHA!
YEAH..
To : Kak Hana & Erma, Lets SCORE!!
luv u guys LOTS ! XD
Subscribe to:
Posts (Atom)







