Buat kamu,
Seandainya perkenalan yang singkat ini ada yang tidak menyenangkan hatimu, aku minta maaf.
Perlu untuk kamu mengetahui bahawa aku cuba menjadi yang terbaik buatmu dari hari ke hari.
Jauh dari sudut hati yang kecil ini, ingin aku sentiasa membuatmu gembira, setiap masa. Detik dan saat.
Walaupun kita belum pernah bersua muka walaupun sekali. Tidak pernah.
Cuba untuk aku memahami dirimu, kesukaanmu dan kebencianmu.
Aku gembira seandainya kamu senang dengan sikapku, namun seandainya wujud sikapku yang kurang menyenagkanmu, aku dihului dengan kemaafan.
Aku akui aku telah menyakitimu. Seharusnya aku menjaga perasaanmu. Mungkin kadang kala dalam keseronokan berkawan dengan teman teman, aku terlupa bahawa aku sudah bertukar status. Membuatkan kamu rasa tidak dihormati dan tercabar dengan sikapku. Aku tidak menyalahkan perasaanmu itu, kamu berhak berperasaan begitu kerana jika aku berada di tempatmu, aku juga akan rasa apa yang kamu rasakan. Mungkin lebih dari itu. Maafkan aku, tunangku. Maafkan aku.
Sedaya nya aku untuk membetulkan kesilapanku, agar perkara ini tidak berulang lagi.
Janganlah pula kamu membenci aku. Janganlah dek kerana kesilapanku yang kecil itu, mengaburi pandanganmu akan harapan, impian dan cita cita yang kita harapkan dalam membina sebuah keluarga sakinah kelak.
Aku sedayanya berubah untuk menjadi yang terbaik buatmu. Hanya kamu.
Ku harap, perkenalan kita melalui alam maya ini sedikit sebanyak dapatlah kiranya kita mengenal hati budi masing masing. Biarpun aku tahu, ini tidak dapat banyak membantu untuk kita kenal siapa diri antara kita yang sebenar. Namun aku yakin, kamu adalah yang terbaik buatku, kamu mampu menjadi lebih dari itu.
Berbesar rasa hati ini, Allah menghadiahkan kamu buatku, sebagai pelengkap hidupku. Alhamdulillah.
Ya Allah lembutkan hatinya sebagaimana Engkau lembutkan Daud akan besi.
Ya Allah lembutkan hatinya sebagaimana Engkau lembutkan Daud akan besi.
Aku sayang kamu.
Suara dengarkanlah aku,
Apa khabarnya pujaan hatiku,
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya~










.jpg)

+2.jpg)

.jpg)




