Tuesday, May 24, 2011

Hmm, after a while, leaving the blog untouched with words, no updates, (poor bloggy) I decided to write sumthing. Being a blogger, needs the passion of writing, sharing thoughts and ideas. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, masih lagi dikurniakan nikmat Iman & Islam semoga ianya kekal sehingga ke akhir hayat Insyaallah. Sekarang ni dah ada kat rumah, exam pun dah habis, tinggal tunggu nak practical je, Insyaallah start 1 June. Cumanya sekarang ni rase cam agak kosong r jiwa. Mungkin terlalu rindukan Usrah dengan akak2 kat kampus dulu. Walaupun iman goyah, tapi bile tetiap Isnin buat usrah, keteguhan Iman yang dah tersasar dalam tempoh seminggu diheret semula kelandasan yang betul. Ah! rindu gile!

Yela kan, dalam kesibukan sebagai student dikala itu, masih diberikan Allah kelapangan dan kekuatan tuk kaki melangkah mencari redhaNya. Alhamdulillah. Hati ini rindukan tarbiyyah setiap masa, Ya Allah berikan lah peluang itu dimana jua aku berada. Aku dahagakan tarbiyyah itu Ya Allah! Macam2 jugak pengisian masa usrah dulu, mula2 tu tadarus & maknyanya skali, pastu tazkirah, pastu tasmik, pastu sirah (pasal Imam Syafie tak habis lagi kisahnya, alahai, camne la endingnye kan..*even boleh baca sendiri cite tu, tapi x sama weyh bile ada orang bercerita masa usrah, seriously masyukkk gila!) then proceed dengan hadith 40 (baru 5 hadith T_T), pastu plak tafsir, lastly mutaba'ah amal.

Teringatkan ada 1 minggu tu aku kene present hadith 40, which is hadith yang ke 2. Dalam hadith ini ada menyebut pasal Islam, Iman & Ihsan. Hadith tu berbunyi :

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى رُآْبَتَيْهِ ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ ، وَقَالَ : یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم ، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ ، وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا لَصَدَقْتَ ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ ، قَالَ : أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ ، وَمَلاَئِكَتِهِ، وَآُتُبِهِ ، وَرَسُلِهِ ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عنِ الإِحْسَانِ ، قَالَ : أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ ، قَالَ : مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ : فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا ، قَالَ : أَنْ تَلِدَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا ، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ ، ثُمَّ انْطَلَقَ ، فَلَبِثْتُ مَلِيَّا ، ثُمَّ قَالَ : یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ : فَإِنَّهُ جِبْرِیْلُ أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم 
 yang bermaksud :
 
Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami
seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.
Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan
meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad!

Terangkan kepadaku tentang lslam.
Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman.
Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.

Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan.
Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat.
Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih
mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Oh! betapa indahnya nikmat Iman & Islam kan? Keluar daripada perut ibu telah diazankan dan diberi nama islam. Kite perlulah bersyukur dengan nikmat ini, sebab tak smorang merasai nikmat yang sama. Hakikatnya mereka yang mendapat nikmat sebegini jauh lebih merasai kemanisan Iman berbanding yang Islam semenjak lahir. ^_^V
Buat rakan seperjuangan usrah, terima kasih bebanyak sebab banyak bantu kite. Kak Aini, kak Ina, kak Bai, kak Hana, kak Ba, che' Niey.. Baru seminggu berpisah, keRINDUan menebal dihati! Semoga kite bertemu lagi 1 hari nanti dengan mutabaah amal masing2 yang lebih mantOp! Yeeaahh!! Jap2 mutabaah amal tu ape eh? Ok, mutabaah amal ni macam target to be achieved within a week before the next meeting. Contohnya cam ni yang aku n d geng punyer :p :
 Solat Dhuha - at least 3 hari seminggu
Mathurat pagi & petang - tetiap hari
Solat berjemaah - at least 3 hari seminggu
Mengaji Quran - at least 30 pages seminggu
Hafazan (juz amma) - at least ada improvement
Puasa - at least 1 hari seminggu
Riadhah - at least 1 hari seminggu 

Haa..even nampak simple, nak buat bnd ni perlukan kekuatan hati, kalau niat cantik, amalan pun cantik jugak Insyaallah. Skung ni, risau sebab dah jauh dari jemaah kan, risau plak tak dapat nak maintain mutabaah amal, maklum lah, aku kalau buley tamau lah jadikan alasan penat, takde masa, sibuk, sbg alasan untuk ketepikan kegembiraan Allah terhadap hambaNya. Muga2 Allah dengar rintihan dan kehendak jiwa2 ini. Ameen.

Nota kaki : Che' Niey dah dapat call jemaah kat area tempat practical dia,aku bile lagi? cepat la call, tak sabar! :)

2 comments:

Islamic_Muslimah said...

jom usrah through internet =p
windu semua org gak!!
dok umah nie x start lg mutabaah amal, ayoyo.. maklumlah, madzurah, heheh.. hopefully, lps nie leh teruskan mutabaah amal, amin3x..

M.Fansuri Alawi said...

terbaikk...bagus2 saya suka semangat dan keazaman org2 muda mcm antunna... muslimah walaupun tidak berdakwah dgn kata2nya cukup dgn akhlaq yg terpuji..