sekadar gambar hiasan
KECANTIKAN LELAKI
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah :
1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun.
4. Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5. Lelaki yang baik sangka.
6. Lelaki yang tidak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri diatas kemuliaan hati. Segala kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
KEGAGAHAN WANITA
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan, perempuan yang gagah adalah :
1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2. Perempuan yang tidak takut kepada kemiskinan.
3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman, seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW, '' Sebarkanlah ajaranku walaupun 1 ayat'' Surah Al-a\Ahzab : Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa dosamu. Dan barang siapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar".