Thursday, December 15, 2011

#017 My E-Day

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah Ya Allah kerana masih memberi peluang kepada hambaMu untuk bernafas di BumiMu ini. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan kaum kerabat baginda. Tidak dilupakan buat para sahabat dan Tabiin sekalian.

Alhamdulillah Syukur sangat, hari yang dinanti nanti akhirnya tiba jua dengan izin Allah. Kita merancang, Allah  juga turut merancang, namun sebaik baik perancangan adalah perancangan Allah Taala.
Semoga ikatan ini menguatkan iman sesama kita, mengenali hati budi masing masing dengan lebih baik, berpesan pesan pada kebaikan, sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah, Insyaallah.

Date : 11 December 2011 bersamaan 16 Muharram 1433 Hijriyyah
Location : My House, Bangi, Selangor


Oh Allah, bless us and bless these days and let this marriage be one that will be cause for more blessings from You. Grant us love for You, Your Messenger s.a.w and for each other, and for each others' families, Oh Most Loving of those who are loving, Oh Source of All Love, Oh Owner of Hearts!

Ameen Ya Allah

Buat Mama & Walid, thanks a zillion sebab susah payah tuk majlis ni dari awal sampai akhir, although it was unplanned, but still la kan. Sampai sakit sakit badan, tak tidur malam, makan pun sikit sebab susah hati takut majlis tak menjadi seperti yang dirancang. Alhamdulillah Ma, Walid, Allah memahami kehendak hati hati ini, Dia memberikan yang terbaik buat kita semua walaupun macam macam yang terjadi pada awalnya, namun kemanisan diakhirnya. Alhamdulillah.

Buat pihak lelaki, terima kasih tak terhingga terutama buat Makcik, mintak maaf sangat sebab buat makcik susah hati masa pertukaran tarikh haritu. Hehe.. Buat orang kuat majlis, Abang Mie & Kak Honey, buat abang2 & akak2 yang lain, terima kasih banyak banyak sebab susah payah tuk Adik n Anjah. Adik hargai sangat.

Buat dia yang akan menjadi Imamku, mungkin aku bukanlah yang terbaik, yang sentiasa sempurna dimatamu. Tetapi aku akn belajar dan berusaha memberikan yang terbaik yang bisa kulakukan, menyempurnakan kekurangan yang ada, dengan segala kebartasanku. Satu kupinta, terimalah diriku apa adanya, jangan jadikan kekuranganku sebagai penutup kelebihan dan jagalah itu sebagai amanah untukmu, laksana kumenjadikan hadirmu sebagai amanahNya.
Untukmu yang akan menjadi Imamku, siapapun dirimu, jika Allah mempertemukan & mempersatukan kita dalam ikatan suci pernikahan, ku harap dirimu akan menjadikan diriku sebagai permaisuri dihatimu setelah ketaatan dan kecintaan kepada Allah dan bisa menjadi seorang Imam yang adil & bijaksana terhadap isteri dan anak anakmu nanti. Jangan biarkan diriku menjadi penghalang dirimu untuk mengingat & menegakkan agama Allah. Semoga Allah mempermudahkan langkah kita menuju JannahNya, Ameen Ya Rabbal'alamin..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :
Rahsiakanlah pertunanganmu, Namun hebahkanlah pernikahanmu..

Atas sebab itu aku merahsiakan majlis pertunangan ini. Pada kengkawan yang tidak dijemput, bukan bermakna anda tidak penting namun seboleh mungkin aku hanya ingin merahsiakan pertunangan ini. Mungkin kalau difikirkan sabda Rasulullah s.a.w itu ada hikmahnya, pertunangan bukanlah bererti sudah sempurna sesebuah ikatan kasih itu, kalau putus ditengah jalan (Nauzubillah..jgnla..) maka tidaklah mengaibkan seseorang itu tambahan buat si dara. Asiff la noh, lately ni klasik sungguh bahasa, jangan marah..heh!

Buat besties yang hadir;
Kak Hana, Moon, Arep, Yumi, & Wafa, thank you very very much for coming,
your thoughfulness knows no bounds!!
I Love You Guys soooo much! Sooo much! :) Doakan kitorang poit! Ahaks!

Nota Kaki : Sampai harini tak caye dah jadi tunangan orang, Am I Dreaming People? *sambil tampar tampar pipi kiri & kanan* :D


9 comments:

mujahidah Qawiey... said...

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..” (annur : 26)
insyaAllah maryam. setiap perancangan Allah itu terbaik buat hambaNya. Dia lebih tahu ape yang terbaik dan tidak baik untuk kita. apa2 pun sentiasa doa dan kuatkan semangat juga sabar sabar sabar. tingginya iman seseorang itu apabila musibah berlaku dia bersabar namun itulah manusia yg paling susah nak buat. sama2 kita munasabah diri kita insyaAllah. apa2 pun husna selalu doakn maryam sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya jua sentiasa dilindungi Allah. semoga dipermudahkan segala urusanmu ukhtie. salam sayang rindu peluk cium dari husna buat maryam. uhibbukhifillah.... jika kita tidak jumpa didunia ini lagi moga2 kita berjumpa di syurga,ameen...

Nur Husna said...

akak..nampak gems..uhuk2..;(

Maryam Rahman said...

mmg gems pun, happy sangat gamaknye! haha..

Anonymous said...

Maryam.. da tunang da? tahniah...^__^
semoga sgle2 nye dipermudahkn oleh Allah hingga ke akhirnya.. Amin...

Maryam Rahman said...

haah hanan, ameen.. maceh banyak! doakan taw! luv yea! :D

Islamic_Muslimah said...

InsyaALLAH, all my pray just for u.. Ku hijrahkan doaku untuk mu walaupun mgkin doaku tidak seberapa mana..

Maryam Rahman said...

Kak Hana : maceh banyak atas doa, kita bukan siapa siapa untuk menilai apa apa skali pun, namun doa yang terbit dari hati yang ikhlas akan diperkenankan oleh Allah Yang Maha Pemurah. :) Sama sama kita perbanyakkan doa pada tempat kita bergantung, muga diperkenankan Insyaallah :)

Anonymous said...

sme2... sentiase doakn yg terbaik untk kawn2... jgn lpe jmpt taw..hehehe miss u..=))

Qurratul said...

dear...semoga ikatan kalian berkekalan hingga di ijabkabul kan dan berterusan kasihsayang itu hingga ke jannah...amin..now i know why u keep tht moment to b secret..anyway...i'm very2 hepi for u dear..wedding nnt jemput i k..heheh