Tuesday, November 9, 2010

Seindah musibah mengajar~ -Al-kisahnya banjir-


Assalamualaikum wbt.
Seperti yang tertera di dada-dada akhbar, kaca-kaca television, Kedah ,Perlis, dan Kelantan kini dilanda musibah yang amat dasyat bila banjir besar melanda negeri-negeri ini. Aku sebagai student Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah tak kurang terkejutnya apabila melihat sendiri kejadian ini berlaku di depan mata. (haihh rasa cam formal lah pulak..adoii..)

Well, 26 Nov (Tuesday) haritu aku balik ke kampung halaman, sangat seronok sehingga tak baca buku padahal dah sedia maklum U bg cuti bukan untuk berfoya-foya dan berjimba-jimba. Lambat lagi masa untuk itu. Sekarang ni sepatutnya STUDY, nama pun STUDY WEEK, maka minggu untuk menghabiskan sisa-sisa highliter, dakwat-dakwat pen, dan juga helaian-helaian test pad yang masih berbaki sejak belian pertama dari awal semester (ianya sangat tebal okeyy, mmg lah lambat nak habis =.=”)  hishh, sangat tegar kan.. =) So for the whole week duduk rumah terasa sangat bahagia, bahang exam tertinggal kat highway mana aku pon tak tahu lah, maklum lah Kedah-Selangor takes 6-7hours u know…hehe..

3rd  Nov 2010 - Aku dengan penuh semangat yang berkobar-kobar lah nak pulang ke kampus, (after balik Bangi for about a week ) coz dah start study week, ikutkan exam, first paper start 13 Nov 2010 -  Social Science. Jadual study pun dah arranged baik punyer, hehe. So before balik pun, ada jugak member2 informed bahawasanya keadaan di Kedah getting better, area Canglun yang sebelumnya banjir dengan sangat teruk, kian surut. Convocation uum juga turut terpaksa dibatalkan,dek bah yang melanda. Fuhh fikir exam punyer pasal, buku pun bawak balik untuk 2subjek terawal nak exam tu,maka pikiaq punyer pikiaq, macam-macam mana pun I have to find the way nak sampai Campus. So malam tu jam 2300 gerak jugak ke Kedah walaupun mama dan walid tak berapa setuju sebenarnya.  =_=”. Sepanjang perjalanan tak berhenti berdoa agar selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Makanya setelah hampir 7 jam duk dalam bus, pinggang pun dah mula sakit, perut pun dah mula lapar, tengok kat luar tingkap bus, rupa2nya dah masuk kawasan negeri Kedah. Sepanjang perjalanan dari Alor Star ke Canglun, Masyaallah terkejut nya bile melihat keadaan banjir yang dikatakan dah mulai surut itu rupa2nya dahsyat. Banyak kereta yang tersadai di tepi jalan, mangsa-mangsa banjir mula membawa diri memasang ‘khemah’ mereka di bahu2 jalan, warga2 emas, kasihan mereka..hampir menitis air mata melihat mereka yang tak tahu ke mana harus dituju.. mesti diorang sejuk kat luar tu.. bangkai2 haiwan turut bergelimpangan di kawasan2 yang telah surut.. Airport pun dah tak nampak macam airport, lebih tepat jika aku katakana ia benar2 kelihatan seperti lautan yang luas terbentang, kawasan bendang juga begitu. Seriously sangat tragis.  Tetapi aku percaya akan setiap ape sahaja yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Aku pasti!

“Wahai hamba Allah yang lemah,
Jangan bersedih, Laa Tahzan, Don’t be sad..
Tuhanmu sedang mengajarmu erti SABAR, REDHA dan BERSYUKUR..” 

Alor Star

Jitra

Jitra - Canglun

Canglun

All the way, aku non-stop texting my besties, kak hana and as well as to my mom yang sabar menanti berita demi berita tentang keadaan di Kedah pada ketika itu. Mama makin risau, die suh aku patah balik ke Kajang masa tu jugak, hoho, mama akak fine la insyaallah, mana taknya, aku p habaq kat dia bus pun masuk ayaq paras lutut, dia duk kat ghumah pun naik ketaq lutut skali dengaq…haha.. Alhamdulillah sumenya selamat, penumpang pun takde dibahagian bawah tu. Bus 2 tingkat, semuanya berada di tingkat atas bus. =) Maka perjalanan yang seharusnya memakan masa hanya 6-7 jam, menjadi 10jam. Apapepun ia, aku bersyukur kerana dengan izinnya jua, aku selamat sampai di Kolej Bank Rakyat , UUM pada jam 1000. 
Sesampainya aku dibilik, bersih diri, solat, terlelap sehingga masuk waktu Zohor. Usai solat zohor, dapat pula berita terkini..haha.. apo berito eh? Ce koba sikit.. ‘Penangguhan Perperiksaan Akhir’. Well..aku tergelak bile dapat tahu tentang berita tu. Aku pun tengok lah kat luar tingkap bilik aku, kolej jadi huru hara, semua org lintang pukang ke hulu kehilir mikirkan cara nak balik secepat mungkin. Because pada masa yang sama kitorang dapat berita yang Kedah dijangka akan mengalami 2nd wave which will be more-more terrible than before. Ya Allah, hebat sungguh dugaanMu. Jadi student kelam kabut cari jalan keluar dari UUM, setepatnya dari negeri Kedah pada waktu itu. Dari mimik muka mereka, kelihatan resah, gelisah, ditambah pula berita mengatakan, empangan dari arah Thailand akan dibuka, maka air akan melimpah hampir keseluruh negeri ini! Jadi sumber makanan akan berkurangan, dengar kata bekalan air dan elektrik juga akan di putuskan. Bertambah-tambah lah kerunsingan pelajar2 ini. Aku pula hanya senyap, mendengar dengusan disana sini. Maklum lah, baru je sampai, masih lagi blur2, orang lain dah berpusu2 keluar kampus nak selamatkan diri den lak baru yo sampai yob! Baru yo sampai! ..haha..
Dikala kolej makin sunyi, aku still stay. Kak mi setia menemani. Thanks kak neh, sok luso kito kelik samo neh =P Jadi atas keperihatinan + nasihat banyak pihak, aku balik juga ke Bangi on the 7th Nov, selepas setel sume urusan2 berkaitan exam dan sebagainya. Pasal 2nd wave yg dikatakan tu, Alhamdulillah tak kene kat kawasan kitorang. Dikatakan teruk kat kawasan Alor Star, kawasan Jalan Sultanah. Apapepun, aku bersyukur, musibah yang menimpa ini banyak membuatkan aku berfikir, erti syukur, sabar, hikmah.. Sekurang2nya atas ape yang menimpa, aku lebih banyak mengingatiNya. Tetapkan lah iman hambaMu ini Ya Allah.

 “Sesungguhnya, besarnya balasan sesuai
dengan besarnya musibah. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai
kepada suatu kaum, maka mereka akan diuji dengan berbagai macam musibah.
Barang siapa yang redha, maka dia akan diredhai oleh Allah. Dan barang siapa yang tidak menerima (atas
musibah tersebut), maka dia akan dimurkai Allah.” (H.R. Tu ...rmudzi,
dia berkata: Hadis Hasan).
p/s : Again, duduk rumah, study lah wahai Maryam, buku ko dah bawak balik 1 beg roda penuh..insaf lah, insaf.. XD


2 comments:

M.Fansuri Alawi said...

alhamdulillah..'ala kulli hal...
baca jangan tak baca... :))

Maisarah Abdul Rahman said...

bah. bah. bah. bhahahaha. alhamdulillah semuanya okay sudeh. laa ni dah balik bangi setat la setadi yea? muga Allah mudahkan segala urusannya yea~