Assalamualaikum wbt, and Hi!
Ahhaaa...this time entry nak cerita pasal contact lens. Actually I'm 1 of the contact lens user, dah dekat 4 tahun jugak pakai. Kadang2 orang tanya, kenape tak pakai spectacle je? Iono about the others, but for me, contact lens lebih senang nampak la, and the comfort is there. Ape yang senang nampak? Ok contohnye la kan, kalau kite duk dalam lecture hall, tak pasti lecture hall kat university lain, tapi kat uum, ada certain hall die sangat besar & sangat tinggi la, meaning tinggi jugak la nak panjat tangga tu, cam kat DKG 1/1, DKG 2/1 ala yang ada 1 kat blakang die la mostly..huhu.. So student macam aku yang agak berdedikasi dan serious dalam pelajaran ni kan, *serious la sangat..-_-''* cenderung untuk memilih seat yang paling depan skali, so cam terpaksa dongak2 la nak tgk slide tu, bile pakai spect susah jugak la, sebab nak kene tekap spect tu sampai paras kening..hahaha.. So its better to wear contact lens kan, supaya kita hanya perlu gerakkan biji mata sahaja untuk tengok sekeliling. :)
Emm, last two days aku beli contact lens baru after 5 months pakai yang expired punyer! Omg! Lens ni ada banyak jenis, ada yang sepasang last only for a day, ada yang 1 month, and ada yang setahun. Normally aku beli yang sepasang tahan sebulan ar, then lepas sebulan kena tukar, kalau tak boleh dapat infection. And bebaru ni baca artikel, kalau pakai lebih tempoh pun possibility of going blind pun ada. Oh! It scares me a lot! Mana taknye, pakai benda dah expired 5 bulan weyh, 5 bulan! zzzz..! So lepas cerita kat mama pasal benda ni, cepat2 mama ajak kuar beli contact lens.
I used to buy Baush & Lomb contact lens brand tau. Tapi masa kuar beli haritu, brand ni dah out of stock pula. Masa beli tu pun dah nak masuk maghrib, mama pun suh cepat2 je beli. Aku tanya la kat brader yang jual contact lens ni, brand lain yang lebih kurang sama jenis dengan B&L ni yang mana? Then brader tu cakap lens ni semua sama je, brand je lain. I was like, ouh, okey, ambil lah mana brand yang ada power aku. R-3.25. L-3.00. Its Acuvue Clear Johnson&Johnson. RM60 per box, kena beli dua box sebab power lain2.
The next day aku try pakai, seriously banyak beza! Ok, B&L yang aku biasa pakai ni diameter die agak besar compare to Acuvue, Acuvue ni kecik sikit, mungkin lagi kecik dari biji mata aku, haha! Nak pakai pun ambil masa yang lama, ada dekat 15 minit, sebab lens die sangat2 lembut. Lepas tu pulak, bila masuk dalam mata, lens tu terus hilang, dah kene cari kat atas mata, bawah mata, atas semula, kemudian bawah, takde jugak...rupe2nye kat tepi. Seriously bahaya, sebab penah jugak dengar ada sorang ni pakai contact lens, and lens die hilang dalam mata, bile bawak pegi opthamologist, they said that lens tu dah tercicir kat belakang mata, where dia boley effect pada bahagian macula as well pada bahagian retinal blood vessels. So, terpaksa buat opration tuk keluarkan lens yang dah tercicir tu, bahaya kan?
Cerita kat mama hal ni, mama pun dress up cepat2, and ajak keluar beli yang baru. Kasih seorang ibu tiada tandingannya. Nanti nak jadi ibu sehebat mama jugak lah, hehe Insyaallah. Alhamdulillah jumpa pun ape yang dicari. Sekarang ni, ada dua lens cases, kena asingkan supaya tak tertukar. Bukan lah Acuvue brand tu tak elok & tak boleh pakai, akak yang jual lens ni kata, tak semua orang boleh pakai brand ni, mungkin pada aku ianya kurang sesuai. :) As a conclusion, pilih lens yang bersesuaian, dan buat penjagaan yang rapi. I have 6 pairs of contact lens now! Haha!
Pink untuk Acuvue, Hijau untuk Baush & Lomb
:D
Nota kaki : Sape berminat nak beli Acuvue contact lens with 3.00 & 3.25 power. Pm me yea. Ahaks! XD
No comments:
Post a Comment