Sunday, November 20, 2011

#012 Hopes and Wishes

Bismillahirahmannirahim..
Asslamualaikum wbt.

Alhamdulillah Ya Allah kerana memberi peluang kepada hambaMu untuk bernafas di BumiMu ini. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, dan kaum kerabat Baginda. Tak lupa juga buat para sahabat dan Tabii'in sekalian.

Hampir dua bulan menjadi pengganggur tegar, namun  masih bekerja keras mencari kerja dan menyusun strategi dan plan2 masa depan dengan begitu rapi. Pun begitu, mengharapkan pimpinan Allah agar apa yang dirancang membawa keberkatan dan kebaikan buat diri dan orang sekeliling. Tawaran kerja di Shah Alam terpaksa ditolak buat masa ini dek mengejar cita cita dan harapan serta mencari redha Ilahi. Bukanlah kiranya redha Ilahi tidak dapat digapai seandainya bekerja di sini, gaji yang ditawarkan pun tidak kurang hebatnya, namun buat diriku yang imannya tidak cukup teguh, mudah goyah, mungkin lebih baik kiranya bagi diri ini peluang untuk berhijrah. Tetapi mengapa sekarang? Bukan kah banyak lagi masa?
Buat diri, ''Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau bukan disini, dimana lagi? Kalau bukan kita, siapa lagi?'' 

Rentetan itu, aku memilih negeri ketenangan buatku untuk aku meneruskan perjalanan hidupku, mencari ilmu Allah, juga mencari rezeki, mungkin juga buat simpanan untuk membina masjid nanti, hehe *ptptn pun hang belum start bayo, ado ati nak kawin bagai..huahuahuaa..* Di situ juga lah aku mulai kenal dengan dunia dakwah dan tarbiyyah, kehebatan ilmu2 islam dan praktikalnya. Masyaallah, banyak yang aku tidak tahu, sehebat2 ilmu kita ini, ianya scuma setitik dari ilmu Allah. Pimpinlah hati2 ini yang mendambakan redhaMu Ya Allah.

Hitung punya hitung, kira punya kira, congak punya congak, aloha punya aloha, lebih kurang setahun untuk aku memantapkan ilmu2 agama sebelum aku melangkah ke alam yang lebih mencabar. Semoga masa masa yang ada dimanfaatkan sebaik baiknya. Semoga langkah kakiku di negeri ketenagan itu membawa seribu rahmat dan urusan dipermudahkan hendaknya. Merencanakan untuk mencari kerja yang bersesuaian, pada masa yang sama ingin mencari teman2 usrah di sana bagi membaiki kelemahan yang ada, mencari guru2 agama untuk memantapkan bacaan Al-Quran, menyucikan diri dari dan hati dari sifat2 mazmumah. Ohh Allah, kabulkan harapan ini dan permudahkan lah urusanku nanti, Insyaallah.

Semoga kepulanganku nanti dengan berbekalkan ilmu2 Allah ini, dapatlah kiranya dikongsikan bersama keluarga (terutama buat adik perempuanku yang aku sayangi, Maisarah dan Muthmainnah) juga sahabat2 yang lain. Insyaallah.


Mood : Menghitung hari. Hari ape? Macam2 adooo XD
Nota Kaki :  Ohh ya! Harini  1st time masakan
udang masak merah aku menjadi,berkitabkan internet,
alhamdulillah seronotnyer dah mula pandai masak. Hehe.. 
#kecoh betul kau maryam!#

Wallahu'alam

5 comments:

M.Fansuri Alawi said...

nak pi mana pulok doh...?

Maryam Rahman said...

nak p jumpa ust kat kedah r ust..huhu camne keadaan di kedah ust? duk ujan ka?

Islamic_Muslimah said...

Maaf apabila janji tidak di tepati, rasa bersalah masih bersarang dalam diri.. tapi apakan daya ku, ALLAH itu Maha Mengetahui, DIA turut merancang dalam setiap perancagan ku..

Ingatlah, ALLAH sentiasa ada untuk mu.. ^_^

Maryam Rahman said...

Kak Hana, you dont have to feel guilty, I understand, we r big and matured enough in handling this sorts of things, its okey sys, no matter how far we will be, friendship kite x kan putuss gitew! Lots luv!

Islamic_Muslimah said...

LOVE u lots to0o0.. ~_^