Saturday, July 28, 2012

#064 Alhamdulillah :)

Assalamualikum wbt.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji pujian hanya bagi Allah tuhan semesta alam. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Sujud syukur aku pada Allah dengan air mata yang laju bercucuran mengalir tak henti henti. Touching sangat bila mana aku rasa Allah tu sangat dekat dengan aku, betul, Allah dengar apa yang aku mohon padaNya. Apa yang aku ceritakan padaNya ketika waktu itu, saat aku jatuh, saat aku gembira, saat aku hilang hala tuju, saat aku terlalu memikirkan masalah, saat aku dilemparkan kata kata yang menyengat telinga mendengarnya. Tiada siapa disisi ketika itu, tapi Allah ada di situ. Ya, Dia ada di situ. Aku je yang tak sedar akan kehadiranNya. Maha suci Allah, aku memohon keampunan dariMu kerana aku banyak menzalimi diriku sendiri, sedang Engkau tidak pernah abaikan aku. Atas kejayaan yang aku perolehi atas kehendakMu ini, aku panjatkan kesyukuran kerana memakbulkan permintaan ini, meskipun aku sedar aku bukanlah seorang hambaMu yang taat dan patuh akan perintahMu. Ampuni aku Ya Allah. Jadikan aku hambaMu yang bertaqwa. Ameen Ya Allah.

Semalam, 26 July, result final exam haritu keluar. Seriously aku macam tak percaya apa yang aku dapat, bukan nak buat buat terkejut ke ape, tapi memang aku tak expect langsung aku boleh dapat result macam tu. Sebab hanya aku je yang tahu apa yang aku lalui sepanjang semester tu. Namun usaha aku bukan lah satu usaha yang sia sia. Allah pandang tu semua. Alhamdulillah.

Teringat lagi dalam memerah keringat untuk mencapai target yang aku letakkan sendiri masa tu, sangat mencabar. Nak pulak, diri ni kurang nak disiplinnya. Banyak nak sedapkan hati sendiri, lebih tepat di tambah rempah2 hasutan shaiton gemok, terkadang tewas juga aku. Awal awal sem tu, sibuk nak kerja, so ada pengalaman kerja even 2 bulan as penjual kurma. Laku jugak masa aku jual tu! Haha~ Lepas benti kerja, aku pun duk sibuk dengan program program kerohanian, boleh kata nearly every weekend aku attend program. Kalau tak dekat Kachi, aku attend kat dalam campus. Pernah jugak attend program kat Kulim bertolak kul 7 malam, balik UUM pukul 3 pagi, semata mata nak dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. Pernah sekali pergi sampai ke USM tuk program Solidariti Aman Palestin, semalaman aku kat sana. Dunia yang begitu sibuk. Sampai kadang kadang aku fikir, betul ke tindakan aku ni, adakah aku utamakan ape yang penting aku datang sini? 


Sampailah satu ketika, perkara yang melibatkan study aku. Masa tu kuar result midterm. Nah! Teruk! Boleh cakap 10% je student yang lulus dalam class tu. Aku and Qeen tak termasuk 10% insan yang bernasib baik tu. Aku happy for Yaya sebab dia je yang lulus antara geng geng happy senior ni. Soalan yang memang susah gile ke kitorang yang kurang bijak nak tembak 40 soalan objektif tu? Sampai harini aku tak dapat jawapan yang tepat. Sebab every year tuk subjek ni kalau orang dapat result cam ni memang perkara biasa. Kalau ramai yang lulus, ok itu perkara luar biasa! Boley kata almost every Ive been crying thinking of many things, am I be able to pass this paper? God! Like, aku still ngadap buku2, yet member aku yang lain dah start sibuk cari duit, plan nak beli kete, nak beli rumah. Namun Allah itu sifatnya pengasih dan penyayang. Mama, Walid, Anjah (nama manja tunang den! haha), Abang Mie, Kak Hani owes ada tuk bagi aku semangat. They were there whenever I needed them, seriously! Take a look at this!


                 
         

Ada skali tu Abang Mie, Kak Hani and anak anak diorang datang jenguk aku kat hutan Sintok semata mata nak bagi semangat. Even masa diorang datang tu macam sekadar nak ''jalan-jalan'' tapi, aku tahu, diorang lebih nak support aku so that aku tak down. Hakikatnya aku memang down sangat saat tu, sampai aku rasa kekok, tak pandai nak berkomunikasi dengan diorang masa tu. Abang and akak memang banyak bagi sokongan, untuk pengorbanan kalian, adik berterima kasih sangat. Nasib baik adik score paper ni, kalau tak abes lah adik kene bayor balik duit minyak kete datang Sintok, nasi ayam Jitra, and tidbits yang abang and akak blanje haritu! Haha~ Buat insan insan ini,  hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Untuk kawan baik aku time tu, Qeen n Yaya, tahniah tuk korang sebab dapat result yang baik!! Alhamdulillah, terbayar jugak semua perih yang kite lalui sepanjang tempoh tu. Anyway I rindu sangat kat you all. Even kenal tak lama, banyak sangat kenangan yang I sendiri tak leh lupa. Masing masing dengan perangai masing2, memang tak bley bla! Qeen, I rindu nak wrestling dgn U, nak rebut 'sofa 3' kat study room tu! Haha~ Yaya, I rindu nak dengar teori2 yang U reka sendiri, walaupun kebanyakkannya salah!! Adui! Haha~ Rindu nak jogging dengan korang, rindu nak makan makanan yang konon2nya tak menggemokkan! Rindu nak makan kat MISC, rindu nak gi Changlun sama sama. Walaupun ada aktiviti yang kite plan tak terbuat cam nak gi Perlis jalan2 kononnya, nak gi midnite movee, nak main go-cart.. Tapi kenangan yang dah ada ni pun cukup buat I senyum sorang2 bila ingat balik. Thank you for being a good friend. And what u guys should know, I sayang you both sangat sangat! Jangan lupakan I taw! :)


Ingat lagi tak time ni? Hehe~
Apepun I tetap tak leh lupa time kite buat assignment 24jam tuh!!
''Ehh sakit hati betullahh!!''
Hahahha~
*Seriously tak sabar nak convo!*

Nota kaki : 
''Lantas nikmat Allah manakah yang mahu kau dustakan?"
Alhamdulillah, Syukurku panjatkan buatMu Ya Allah.

Tuesday, July 24, 2012

#063 Some place that need forgiveness


Buat kamu,

Seandainya perkenalan yang singkat ini ada yang tidak menyenangkan hatimu, aku minta maaf.
Perlu untuk kamu mengetahui bahawa aku cuba menjadi yang terbaik buatmu dari hari ke hari.
Jauh dari sudut hati yang kecil ini, ingin aku sentiasa membuatmu gembira, setiap masa. Detik dan saat.
Walaupun kita belum pernah bersua muka walaupun sekali. Tidak pernah.
Cuba untuk aku memahami dirimu, kesukaanmu dan kebencianmu.
Aku gembira seandainya kamu senang dengan sikapku, namun seandainya wujud sikapku yang kurang menyenagkanmu, aku dihului dengan kemaafan. 
Aku akui aku telah menyakitimu. Seharusnya aku menjaga perasaanmu. Mungkin kadang kala dalam keseronokan berkawan dengan teman teman, aku terlupa bahawa aku sudah bertukar status. Membuatkan kamu rasa tidak dihormati dan tercabar dengan sikapku. Aku tidak menyalahkan perasaanmu itu, kamu berhak berperasaan begitu kerana jika aku berada di tempatmu, aku juga akan rasa apa yang kamu rasakan. Mungkin lebih dari itu. Maafkan aku, tunangku. Maafkan aku.
Sedaya nya aku untuk membetulkan kesilapanku, agar perkara ini tidak berulang lagi.
Janganlah pula kamu membenci aku. Janganlah dek kerana kesilapanku yang kecil itu, mengaburi pandanganmu akan harapan, impian dan cita cita yang kita harapkan dalam membina sebuah keluarga sakinah kelak.
Aku sedayanya berubah untuk menjadi yang terbaik buatmu. Hanya kamu. 
Ku harap, perkenalan kita melalui alam maya ini sedikit sebanyak dapatlah kiranya kita mengenal hati budi masing masing. Biarpun aku tahu, ini tidak dapat banyak membantu untuk kita kenal siapa diri antara kita yang sebenar. Namun aku yakin, kamu adalah yang terbaik buatku, kamu mampu menjadi lebih dari itu.
Berbesar rasa hati ini, Allah menghadiahkan kamu buatku, sebagai pelengkap hidupku. Alhamdulillah.
Ya Allah lembutkan hatinya sebagaimana Engkau lembutkan Daud akan besi.

Aku sayang kamu. 



Suara dengarkanlah aku,
Apa khabarnya pujaan hatiku,
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya~

#062 Gotcha!! Hureyy!

Assalamualaikum wbt.

1st of all, Salam Ramadhan to all. 3rd day puasa, alhamdulillah dengan izin Allah, dapat lagi merasa berada dalam bulan yang penuh barakah ini, di panjangkan umur untuk berlumba lumba mengutip pahala sebanyaknya, menebus segala dosa dosa yang menggunung tingginya, berada di bulan yang penuh pengharapan dan pergantungan pada Yang Maha Esa. Moga Allah mendengar, mengampunkan, dan mengkabulkan. Ameen Ya Rabb. :)

Ok, nasib baik my bestie tu baca entry sebelum nih, so paksa punya paksa, dapat jugak gambar E-day dia, walaupun macam macam jugak excuse dia bagi, gambar banyak kat cuzin la, camera sendiri banyak tak jadi la, once aku dapat gambar tu, aku tengok, cunnnnnnnnn hokeh? Celah mana gambar tak jadi tu kak? Hahaha, thank you anywayy thank youuu! So nak share jugak kat blog ni even readers tak lah ramai mana, but I'm sure, 1 day, our little khalifah will read this out. Masyaallah, comel kan ada little khalifah yang akan baca kisah mama ayah dia, bestfren mama dia. Pastu little khalifah tu buat muke comel, dia tanya ''Ni kawan mama tu ye? Yang Aunty Hana dengan Uncle Farid tu ye ma? Sweetnyer diorang ni mama'' Alahai alahai!
*Hoi hoi Maryam, sabar sikit boleh tak??* Hahaha~




Dear Kak Hana,

I don't know how to express this feeling. I'm sooo happy for you, can you believe that I cried when I heard this news from you thru our conversation on the phone the day you called me? Really! Ye r, cam tak caye je,  then another feeling that appeared that I dont know how to describe, nak marah ke nak sedey ke nak ape. Yelaaaaa kan kite dah janji kalau akak tunang I really wanna be there! On ur beautiful day! Kan kite dah plan awal, kalau akak tunang, me nak tido sana one day before the day.. Sama cam akak tido umah kite masa kite tunang haritu..wuuu sedey.. Okey, tu lah perasaan yang ke-2 tu, SEDEY! 

Anyway, jangan rasa bersalah plak, sebab me pun ada kat Penang time tu. Hehe! The news really made me happy! Status kita dah serupa, ececeehh :p Anyway kak, alhamdulillah, moga perjalanan ke peringkat seterusnya Allah permudahkan. Nanti bagitaw awal yea bila dah dapat tarikh tuk walimah. Kalau me tak dapat attend kenduri kat Batu Caves, me try attend kat Kudat yea! Wohaa!! XD

Kak, I miss all the good times, like when we'd talk all night long, or when we'd belt out the lyric to an old barney song. I miss when we'd talk for hours on end but I think most of all, I just miss my best friend.


Foot note : Do not value the things you have in your life,
But value who you have in your life.
Take care, sista!

Tuesday, July 17, 2012

#061 Their E-Day!

Assalamualaikum

Hmm, lama tak hupdate blog. Rindu. Banyak benda terbuku di hati, nowadays takde member nak luah prasaan macam dulu dulu. Everyone leads their own lives, pursuing their own interest, in their own home, and has their own worries. 

14 July 2012, turn cousin aku and bestiesss aku plak bertunang. Congrats Shakir & Yoi! Kak Hana & Farid! Shakir ni anak Mak Chak aku la, MakChak plak kakak mama. Neway, semoga melalui fasa pertunangan dengan penuh kesabaran, kata orang fasa pertunangan ni fasa yang paling mencabar, kalau ada apape masalah bincang bebaik taw, every problem has it solution. It's just a matter how and what method you use to solve it. Semoga berkekalan sehingga ke jinjang pelamin insyaallah. Hey, doakan me jugak yea! :p

So that day, we went to Northern side. Umah Yoi area Bandar Baharu, Kedah. Kira cam sempadan Kedah jugak la kot, coz tak lah jauh from Penang. Pagi tu around 830am kitorang bertolak from Bangi, konvoi sekali dengan PakChak's family, sempat plak breakfast Nasi Dagang kat Putrajaya, persint 9. Berlaukkan gulai ikan Aye/ tongkol/ tuna, lemak2 je rasa. Hehe. Memang highly recommend r, sedap! Kalau nak identify kedai yang mana, cari je yang orang beratur panjang kat food court bawah canopy putih tu, haa tu la kedai deh, sedap beb!

So after perut dah terisi, kitorang pun gerak ke arah Utara, tak boleh lambat lah, sebab ikut tentative, majlis start pukul 200pm lepas solat Zohor. Juru cakap mewakili pihak lelaki masa tu plak ayah aku, dah sah sah kitorang have to be there on time. All the way, lepas pekena nasi Dagang, memang aman dan bahagia la aku tido. Haha~ Nak drive, ayah aku tak bagi plak. Apo laie nak buek, layan lap la kat blakang. Hehehe..

Lepas solat Zohor, terus gerak ke rumah Yoi, family pihak lelaki lagi ramai dari family Yoi. Memang semangat nak meminang nampaknya! Teringat plak masa aku bertunang dulu, eksited semacam je. Yela, sibuk nak prepare hantaran, kemas rumah, katering tuk tetamu. So the same thing happened masa kenduri Shakir, cuma bezanya kitorang mewakili pihak lelaki, so tak banyak benda nak prepare, just concentrate more on hantaran, and yang paling penting, cincin tunang tu. Hehe. 


So ni la kazen aku, Shakir. Pak Chak Kamal & Mak Chak Ina.


Nah, there goes askar2 from Bandar Baru Bangi. Lovely blue theme.


 Seriously, berat hantaran ni, tapi confuse jap, ni hantaran buah ke bunga? :p


 Juru cakap pihak lelaki merangkap ayah aku. Hehe


Yoi and family pihak lelaki


The siblings!


So that was the story. Story pasal my bestie punyer engagement day tak dapat nak recover sebab kebetulan aku ada kat Penang masa ni. And Kak Hana inform agak lambat regarding hari pertunangan dia and Farid. But anyway, Im really happy to hear the good news from you both. Cant wait for the wedding!! Finally kan, alhamdulillah. Kenduri kawen nanti better inform awal2 yea, bley la me prepare baju yang kilat kilat sket ke kan, Woha!

To:
Shakir & Yoi | Sys Hana & Farid,

May Allah always pour His love, warmth and care on both of you. Always stay in love, stay in Allah's bless.
Congratulations on your engagement!

Foot note: Kak, kalau akak terbaca entry ni, 
Im requesting a picture on ur e-day! 
Nak letak sini woit! Wohaa!!

#060 Kesot

''Awak takyah kate lah awak nak bayar balik yang besar2, yang kecik pun awak tak mampu nak bayar''

Sekian.