Saturday, July 28, 2012

#064 Alhamdulillah :)

Assalamualikum wbt.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji pujian hanya bagi Allah tuhan semesta alam. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Sujud syukur aku pada Allah dengan air mata yang laju bercucuran mengalir tak henti henti. Touching sangat bila mana aku rasa Allah tu sangat dekat dengan aku, betul, Allah dengar apa yang aku mohon padaNya. Apa yang aku ceritakan padaNya ketika waktu itu, saat aku jatuh, saat aku gembira, saat aku hilang hala tuju, saat aku terlalu memikirkan masalah, saat aku dilemparkan kata kata yang menyengat telinga mendengarnya. Tiada siapa disisi ketika itu, tapi Allah ada di situ. Ya, Dia ada di situ. Aku je yang tak sedar akan kehadiranNya. Maha suci Allah, aku memohon keampunan dariMu kerana aku banyak menzalimi diriku sendiri, sedang Engkau tidak pernah abaikan aku. Atas kejayaan yang aku perolehi atas kehendakMu ini, aku panjatkan kesyukuran kerana memakbulkan permintaan ini, meskipun aku sedar aku bukanlah seorang hambaMu yang taat dan patuh akan perintahMu. Ampuni aku Ya Allah. Jadikan aku hambaMu yang bertaqwa. Ameen Ya Allah.

Semalam, 26 July, result final exam haritu keluar. Seriously aku macam tak percaya apa yang aku dapat, bukan nak buat buat terkejut ke ape, tapi memang aku tak expect langsung aku boleh dapat result macam tu. Sebab hanya aku je yang tahu apa yang aku lalui sepanjang semester tu. Namun usaha aku bukan lah satu usaha yang sia sia. Allah pandang tu semua. Alhamdulillah.

Teringat lagi dalam memerah keringat untuk mencapai target yang aku letakkan sendiri masa tu, sangat mencabar. Nak pulak, diri ni kurang nak disiplinnya. Banyak nak sedapkan hati sendiri, lebih tepat di tambah rempah2 hasutan shaiton gemok, terkadang tewas juga aku. Awal awal sem tu, sibuk nak kerja, so ada pengalaman kerja even 2 bulan as penjual kurma. Laku jugak masa aku jual tu! Haha~ Lepas benti kerja, aku pun duk sibuk dengan program program kerohanian, boleh kata nearly every weekend aku attend program. Kalau tak dekat Kachi, aku attend kat dalam campus. Pernah jugak attend program kat Kulim bertolak kul 7 malam, balik UUM pukul 3 pagi, semata mata nak dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. Pernah sekali pergi sampai ke USM tuk program Solidariti Aman Palestin, semalaman aku kat sana. Dunia yang begitu sibuk. Sampai kadang kadang aku fikir, betul ke tindakan aku ni, adakah aku utamakan ape yang penting aku datang sini? 


Sampailah satu ketika, perkara yang melibatkan study aku. Masa tu kuar result midterm. Nah! Teruk! Boleh cakap 10% je student yang lulus dalam class tu. Aku and Qeen tak termasuk 10% insan yang bernasib baik tu. Aku happy for Yaya sebab dia je yang lulus antara geng geng happy senior ni. Soalan yang memang susah gile ke kitorang yang kurang bijak nak tembak 40 soalan objektif tu? Sampai harini aku tak dapat jawapan yang tepat. Sebab every year tuk subjek ni kalau orang dapat result cam ni memang perkara biasa. Kalau ramai yang lulus, ok itu perkara luar biasa! Boley kata almost every Ive been crying thinking of many things, am I be able to pass this paper? God! Like, aku still ngadap buku2, yet member aku yang lain dah start sibuk cari duit, plan nak beli kete, nak beli rumah. Namun Allah itu sifatnya pengasih dan penyayang. Mama, Walid, Anjah (nama manja tunang den! haha), Abang Mie, Kak Hani owes ada tuk bagi aku semangat. They were there whenever I needed them, seriously! Take a look at this!


                 
         

Ada skali tu Abang Mie, Kak Hani and anak anak diorang datang jenguk aku kat hutan Sintok semata mata nak bagi semangat. Even masa diorang datang tu macam sekadar nak ''jalan-jalan'' tapi, aku tahu, diorang lebih nak support aku so that aku tak down. Hakikatnya aku memang down sangat saat tu, sampai aku rasa kekok, tak pandai nak berkomunikasi dengan diorang masa tu. Abang and akak memang banyak bagi sokongan, untuk pengorbanan kalian, adik berterima kasih sangat. Nasib baik adik score paper ni, kalau tak abes lah adik kene bayor balik duit minyak kete datang Sintok, nasi ayam Jitra, and tidbits yang abang and akak blanje haritu! Haha~ Buat insan insan ini,  hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Untuk kawan baik aku time tu, Qeen n Yaya, tahniah tuk korang sebab dapat result yang baik!! Alhamdulillah, terbayar jugak semua perih yang kite lalui sepanjang tempoh tu. Anyway I rindu sangat kat you all. Even kenal tak lama, banyak sangat kenangan yang I sendiri tak leh lupa. Masing masing dengan perangai masing2, memang tak bley bla! Qeen, I rindu nak wrestling dgn U, nak rebut 'sofa 3' kat study room tu! Haha~ Yaya, I rindu nak dengar teori2 yang U reka sendiri, walaupun kebanyakkannya salah!! Adui! Haha~ Rindu nak jogging dengan korang, rindu nak makan makanan yang konon2nya tak menggemokkan! Rindu nak makan kat MISC, rindu nak gi Changlun sama sama. Walaupun ada aktiviti yang kite plan tak terbuat cam nak gi Perlis jalan2 kononnya, nak gi midnite movee, nak main go-cart.. Tapi kenangan yang dah ada ni pun cukup buat I senyum sorang2 bila ingat balik. Thank you for being a good friend. And what u guys should know, I sayang you both sangat sangat! Jangan lupakan I taw! :)


Ingat lagi tak time ni? Hehe~
Apepun I tetap tak leh lupa time kite buat assignment 24jam tuh!!
''Ehh sakit hati betullahh!!''
Hahahha~
*Seriously tak sabar nak convo!*

Nota kaki : 
''Lantas nikmat Allah manakah yang mahu kau dustakan?"
Alhamdulillah, Syukurku panjatkan buatMu Ya Allah.

6 comments:

Nursha said...

:-)

Yaqeen said...

uu, tahniah jugak untuk uu..i pon rinduu u n i sayang u,u know that rite? eheeee.. :D

mujahidah Qawiey... said...

Tahniah dan mabRouk buat my dear maryam, kesabaranmu terbalas akhirnya. Setiap perkara dan tindakan kita banyak perganungan dengan allah. Mohon jugak doakan husna disini. I'm always jelous with you maryam... Love u a lot...

Maryam Rahman said...

Aini : ;)

Yaqeen : I taw! I taw, tapi u je yang tak nak tunjuk kan, asek nak gaduh je ngn i, tapi i taw, jauh dari sudut hati u tu, u sayang i kan? kan? haha~ muah!

Husna : Syukran husna! Insyaallah mayam doakan kejayaan Husna juga! Tak sabar nak dengar berita baik dari student Al-Azhar nih ;)Luv u tooo! ;)

Cahaya Kebahagiaan~ said...

^_^ terbaek! love to see u happy, and i'm happy 4 u too.. i'm smilling right now 4 u my dear..
alhamdulillah.. u got it!

mohd helmy paijau said...

akak,adik pun dah semakin semangat ni....adik nak buat mcm akak la...adik dah semakin semangat..