Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, dalam kesibukan diri dengan hal hal dunia yang tiada akhirnya KONONNYA, masih lagi Allah panjangkan umur ini, setiap pagi tatkala aku masih dapat bernafas untuk meneruskan hidup, saat itu lah aku merasakan bahawa saat paling nikmat dalam hidupku, bukan kerana aku inginkan untuk terus hidup SEMATA MATA tetapi, aku yakin, Allah memanjangkan umur ini untuk memberi aku peluang untuk aku bertaubat dan menyesali kesilapan dan dosa dosa yang dilakukan saban hari kepadaNya. Oh Allah, indahnya kurasakan bertuhankanMu. Ya Allah, ampunilah dosa dosa hambaMu ini, sesungguhnya aku banyak menzalimi diriku sendiri. Hanya kepadaMu aku berharap, dan hanya kepadaMu jualah aku memohon pertolongan, maka dengarlah rintihan hambaMu ini yang mendambakan keampunan dan kasih sayangMu. Ameen Ya Rabb.
Semalam, memandangkan aku tiada kuliyyah, maka hari sebelumnya aku berniat nak habiskan masa aku sepanjang hari untuk study, study di library seperti hari yang sebelumnya. Banyak lagi chapter yang belum sempat cover, nak pahamkan 1 chapter pun memakan masa yang panjang. Bukan apa, terdetik dihati, bukan lah study untuk exam, tetapi biarlah ilmu Allah ini dapat di aplikasikan pada masa depan dan di sebarkan pada yang lain. Niat study kerana Allah itu yang selalu di remindkan dalam diri ini, insyaallah. Maka, semalam masa tengah bersiap siap nak ke library, sempat aku online sekejap *tengah duk pakai tudung tu uolls!*, seperti biasa, Facebook yang aku buka dulu, haha! Jadi, masa aku online tu, tiba tiba adik junior,Farhana flora, merangkap sahabat usrah aku pm di inbox.
"Assalamualaikum, kak Am, akak nak ikut tak pergi ziarah mak Nazirah? Kalau nak ikut, akak msg kak Syakirah ye''
" Mak Nazirah kenapa Fana??''
''Mak die meninggal pagi tadi. Al Fatihah''
Perasaan yang tak dapat aku gambarkan dengan kata kata, terlalu sedih.
''Allahuakbar, innalillah. Rumah Nadzirah kat mana? Jitra kan?
''Ha'ah, akak gi tak? Kalau gi bagitau kite taw''
Pada mulanya, aku berkira kira juga nak pergi menziarah orang yang di jemput Allah, macam macam aku fikir, macam mana dengan study aku ni? Kalau aku tak study harini, makin banyak la chapters aku yang ketinggalan. Bermonolog aku sendirian, Shaitonn Gemuk berbisik bisik jahat! Lalu, aku membuat keputusan.
''Akak gi, kalau kete penuh, akak naik cab. Jangan risau, kite jumpe kat sana nnt insyaallah''
''Ok kak, hati hati, salam''
''Salam''
Dalam hati aku berbisik bisik, kalau bukan ini masanya untuk aku ziarah dan rapatkan hubungan silaturrahim aku bersama mereka, bila lagi yang aku ada masanya? Aku nekad tuk ziarah, aku buangkan segala bisikan shaiton yang kotor itu jauh jauh!
Then, aku pun text Kak Syakirah tanya kat mana lokasi sebenar rumah sahabat usrah aku itu dengan niat nak call cab ke rumah Nadzirah.
Kak Syakirah call aku.
Kak Syakirah call aku.
"Maryam, kite naik moto same2 nak tak? Ana bawak enti, kete penuh, boley tak?''
''Wahh, naik moto? okeyy jugak tu kak! Enti nak ana tunggu kat mana ye? Ana dekat kolej sekarang ni''
''Takpe, ana amik enti kat kolej, enti tunggu depan pejabat taw''
''Okey, ana kuar sekarang, jumpe nanti ye, insyaallah, assalamualaikum''
''Okey insyaallah, waalaikumussalam''
Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan aku.
Aku pun cepat2 bersiap2, tak mahu kerana aku, orang lain terpaksa menunggu. Menunggu itu sesuatu yang menyiksakan. Sungguh!
Tatkala aku menunggu, bibirku terkumat kamit membaca selawat, al-fatihah, dan doa doa yang terlintas difikiran, hadiah buat hamba Allah yang dulu dijemput ke rahmatullah, semoga ianya meringankan urusanmu disana insyaallah.
5 minit kemudian, kereta viva putih datang memasuki selekoh kolej. Nampak kelibat kak Syakirah tersenyum dalam kereta.
''Enti, masuk la''
''Assalamualaikum'' Sambil tersenyum
''Waalaikumussalam''
''Ehh kata nak naik moto? Ana dah semangat nak merempit dah ni"
"Hehe, kebetulan ada yang tak dapat datang, rezeki enti la ni, tak payah kite naik moto panas2 ni kan?''
Alhamdulillah, aku bersyukur. Allah memudahkan urusanku lagi, aku menangis di dalam hati, kerana hatiku tidak mulia, namun Allah tetap memberikan yang terbaik buatku. Ya Allah, ampuni aku.
Sesampainya kami di rumah Nazirah, ramainya orang yang menziarah tidak terkata. Kami memasuki rumah itu dengan iringan doa dan selawat yang tidak putus putus. Di satu sudut kelihatan sekumpulan budak budak tahfiz,lebih kurang 30 orang, berserban dan berjubah putih lengkap mengalunkan ayat2 suci Al Quran. Sangat menyejukkan dan menenangkan hati. Kami mengambil tempat disebelah arwah ibu sahabat kami, membaca surah yassin. Setelah selesai membaca, salah seorang pelajar tahfiz mengetuai bacaan doa. Masyaallah, sangat syahdu bacaannya, titisan air mata dari kelopak mata aku berebut rebut untuk jatuh, tak dapat menahan sebak. Ntahla, merasakan aku betul2 hina pada pandangan Allah. Dapat ke di saat kematian aku nanti, keadaannya indah begini? Hati aku tidak suci pada mulanya, berkira kira untuk merebut pahala dan peringatan dari Allah. Merisaukan hal dunia yang sementara sedangkan peringatan yang Allah nak berikan melalui kematian adalah lebih besar ganjarannya jikalau kita lebih bersedia untuk hari itu nanti? Aku menangis semahunya.
Bukankah Kematian itu satu Temujanji? Kematian itu semakin menghampiri? Kematian itu akan kita temui? Duhai diri, carilah peluang untuk lebih lama bersujud kepadaNya, Intailah peluang untuk lebih akrab denganNya.
Bila diusik dengan kematian, itu adalah SMS rindu dari Allah.
6 comments:
Innalillah wainna ilaihirajiun... semoga roh ukhtie tue dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan golongan orang-orang yang beriman dan dikalangan solehah... Ameen...
Hidup di dunia ini,hanyalah sementara, lakukan kebaikan dengan sebanyaknya..:-)
Allah berfirman bermaksud: Katakanlah bahawa sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri daripadanya itu pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke Dzat yang Maha mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata selanjutnya Dia akan memberitahukan padamu semua apa yang kamu lakukan.
Allahuakbar, ape yang dah kita buat selama hidup bertahun2 di dunia, cukup tak bekalan? :(
Allah berfirman bermaksud: Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.(Surah an-Nisa: 78)
=,( maryam abdul rahman, syukran ats peringatan, amat tersentuh hati ini..indahnya hidupmu bertuhanknNya..
Indahnya hidup KITA SEMUA bertuhankanNya..
Moga2 kita semua mati dalam keadaan yang baik, mulia di sisi Allah Taala.. Ameen Ya Rabb.
Post a Comment