Assalamualaikum wbt.
Perkongsian menarik untuk harini ^^,
Suatu hari guru saya pernah berkata:
''Ada orang pernah berkata bahawa syurga ini hanya untuk lelaki sahaja. Mengapa?''
Seorang pelajar menjawab : ''Kerana habuan di dalam syurga adalah bidadari, dan tidak dinyatakan wujudnya bidadara.''
Satu kelas tertawa. Guru saya tersenyum. Kemudian bertanya:
''Benar. Itu tuduhan ramai. Jadi, dalam kelas ini, siapa yang menyokong pendapat itu?''
Kelas senyap. Ya, memang langsung tidak dinyatakan akan kewujudan bidadara. Jadi apakah benar syurga hanya untuk lelaki semata mata? Islam biased terhadap jantina kah?
Guru saya kemudian menjawab:
"Allah menyatakan bidadari kerana lelaki memang suka kepada perempuan. Tetapi untuk perempuan, bukankah Allah swt menjanjikan permata permata Yaqut dan Marjan di dalam Syurga? Kerana perempuan lebih sukakan barang kemas, perhiasan kecantikan, dari lelaki sebenarnya.''
(boleh rujuk hal ini dalam Surah Ar Rahman).
Satu kelas terdiam.
Dan saya tersenyum melihat betapa bijaksananya guru saya.
Nota kaki : Allah nyata tahu kesukaan hamba hambaNya.
Beautiful! ^_^
(C/P Hilal Asyraf) :)
3 comments:
Terbaek! me bru jak beli buku tulisan hilal asyraf tdi, tpi x bce lg la, hehe..abis da baucer 1M me..
itulah sifat perempuan..kerana perempuan suka kepada perhiasan..:-)..
Kak Hana : Me pun baru plan nak beli buku2 hilal, tapi blm berkesempatan, baucer dah abes!! haha
Zanki : As Allah maha mengetahui sifat lelaki juga. Allah mengetahui segalanya!
Allah berfirman :
"Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit & apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
(Ali 'Imran, 3: 29).
Post a Comment