Sunday, April 29, 2012

#051 Cepat la sembuh, tau?

Assalamualaikum wbt.

Maha suci Allah atas segala sesuatu. Allahuakbar, aku tak tahu macam mana nak mula. Tapi aku perasan gerak hati aku most of the time macam bagitahu aku sesuatu. Semalam, 27 April. Masa tengah study group, aku teringat nak msg Yana, classmate aku. Aku just nak inform dia yang assignment kitorang buat tempoh hari bersama ada error, lepas aku, Qeen and Yaya reconfirm semula dengan lecturer hari Isnin, lepas habis waktu class. Aku type 'Uum' pada contact search as usual, bagi memudahkan pencarian nama insan yang aku nak hubungi as aku klasifikasikan mereka mengikut tempat-di mana-kali-pertama-aku-berjumpa-mereka. So berderet deretlah kenalan UUM aku pada contact list aku, namun nama Yana aku tak jumpa. Then aku stop pada nama ex-roomate aku yang aku save as 'Uum Anies Rumate'. Daripada nak msg Yana, aku terus tekan button call, calling Anies. Rindu.

Disappointing to say, ''You have insufficient balance to make this call, please top-up to make more calls''. I moaned. Dan-dan aku nak call lah credit habis. But it's okey, ''I'll call her tomorrow!'' I persuade myself. So I carried on with my assignments, and sampai harini I didnt manage to reach Yana as I lost her number. Sorry girl, I'll let you know regarding the assignment during the class period soon, insyaallah. So today was a very busy day for me. 28 April, I woke up early in the morning, but not that so early as I opened my eyes, I stared at my cellphone and it shows 845am! I jumped out from my bed, and hardly took my bath. At about 10am, Qeen, Yaya and I had our discussion on the assignment until about 1.30pm. Yet, still pending.

I left my college for Bukit Kachi as I attended my usrah that started at 230pm, right after Zohor prayer. I reached back at my college at 6pm. So I went for makan breakfast + lunch + dinner with Qeen. Thank you for accompany me, as usual, babe! And before start study malam tu, I just pergi topup, RM10. Okey, sementara nak tunggu 930pm for study group, I play with my cellphone, suddenly, nama Anies popped out! She called me, and I was like, wahhh ''aku baru nak call kau, macam paham paham je kan..''  Teruja!


Aku mula bagi tembakan bertubi tubi pada dia sebelum sempat die nak menjawab soalan soalan aku yang tiada koma serta titik nokhtah. Sempat juga aku tanya pada dia, yang dia call aku ni nak bagitahu berita gembira apakah? But it end up with this sentence, ''Aku kat hospital ni Am''. I was speechless! ''Anis, kenapa ko kat sana? Abah tak sihat ke?'' ''Aku accident, am. Tangan aku patah. Esok aku operation. Ko doakan aku taw'' I felt like crying. And I cried. She told me that she had an accident yesterday evening. Kereta remuk kena langgar. Her brother broke his hand and his leg. Their mom had an injured on the head. They were 5 in the car, unfortunately the other two, her tok saudara, died at the hospital and her akak sepupu died on the site. Innalillah. Tragic. 

Anies, 
I want you to know that, I will never stop praying for you and your family. Takziah buat seluruh keluarga ko. Allah lebih menyayangi mereka. Mungkin ni ujian dari Allah buat kau, ujian aku, aku belum pasti macam mana. Tapi ingat sayang, Allah hanya menguji kita semua dengan apa yang kita termampu, tidk lebih dari itu. Tidak lebih. Allah mengharapkan rintihan dari kita dan melihatkan tahap kebergantungan kita padaNya. Jangan pernah putus berdoa dan selawat, k? And aku doakan smoga operation ko berjalan dengan baik esok, insyaallah aku akan call ko after aku habis class esok k? Harap harap dapat dengar suara ko. Pesan aku, jangan lupa makan ubat taw. Apapepun, aku akan selalu ada untuk kau. Mungkin kau nak uruskan pasal practical kau, aku boleh tolong kawtim dengan lecturer, insyaallah takde hal. Kalau ada apape yang aku boleh bantu, cakap je taw. 
Anies, semoga cepat sembuh okey?


Aku sayang gile kat ko, and you knew that.

Saturday, April 28, 2012

#050


Seriously? 
What say you? :p

#049 I knew I loved you before I met you


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, nikmat kasih sayang pencipta dan insan masih hangat terasa. Terima kasih buat insan insan yang menyayangi diri ini sehingga ke hari ini. Cinta daripada mama walid yang tiada berbelah bahagi, cinta daripada adik beradik, abang Shuaib, Shauqi, Maisarah, Soleh & Muthmainnah, kasih sayang dari bakal imamku, (Wahh!! haha) juga family beliau, cinta dari sahabat sahabat, Kak Hana yang kini kommited dengan dunia pekerjaan, Husna yang berada nun jauh di bumi anbiya, Munirah yang baru menceburi dunia perkerjaan yang meletihkan, teman teman seperjuagan, sahabat MIAS, tak ketinggalan Yaqeen n Yaya sebagai penghibur hati dan peneman yang setia dikala ini. Alhamdulillah, terasa diri ini tiada kekurangan bila bersama mereka. You guys really made my day, everyday! 

Harini merupakan ulang tahun kelahiran arwah Airyz Hanum Haji Ahmad yang ke-24.  Sebaya dengan aku. Namun Allah lebih menyayanginya, pada tanggal 27 Ogos 2008 bersamaan 25 Syaaban 1429, arwah telah pergi bertemu Tuhan yang menciptakannya. Arwah merupakan adik bongsu kepada Kak Hani, juga adik kepada Anjah. Aku juga belum pernah berjumpa dengan arwah. Tetapi tak tahu kenapa rasa rindu kepadanya sangat menebal di hati. Aku tahu perjalanan hidup arwah melalui apa yang family arwah ceritakan padaku. Sedih. Apa yang aku dapat gambarkan daripada apa yang mereka ceritakan, arwah seorang yang sangat baik dan tabah dalam menghadapi ujian Allah terhadap dirinya. Arwah Hanum tak pernah mengadu dan mengeluh kesakitan bahkan menganggap semua itu ujian buat dirinya. Seorang anak yang solehah, hamba yang taat pada perintah Allah, sahabat yang baik untuk semua. 


Kadang kadang aku terfikir, kalaulah arwah masih hidup, mesti kami rapat, ada teman bersembang, boleh pergi shopping sama sama, naik kereta sama sama and for sure Hanum yang kena drive sebab aku tak pandai bawak kereta walaupun ada lesen. And sambil Hanum drive kitorang singgah beli aiscream cornetto and aku suap dia, yelaa, kan die tengah drive, mana boleh pegang ice cream. Ada hari lain boleh ajak Hanum main bake bake cake kat rumah, carrot cake, apple cheese pie, blueberry cheese tart ke. Mesti seronok! Then kalau Hanum plan nak tidur rumah aku ke, tak payah la die bawak baju, boleh je pinjam baju aku. Share share, sama je size kan. Over the wikend kalau takde buat apa, boleh calling calling ajak buat outdoor, cam archery ke, paintball ke. Seronoknya, Hanum!

Namun kasih sayang manusia tiada yang abadi. Allah lebih jauh menyayangimu. Kami redha akan takdir yang telah disusun indah buatmu. Namun ketahuilah sayang, mereka sangat sangat menyayangimu, mak juga tak putus putus mendoakan kebahagiaanmu di sana. Aku juga begitu. Sangat menyayangimu, Hanum. Meskipun kita tiada peluang untuk bersua, kehilanganmu juga turut aku rasakan. Tarikh hari lahirmu aku tandakan di kelender diaryku sejak awal tahun, takut terlepas pandang, namun setiap kali aku selak buku itu, setiap kali itu aku juga aku terkenangkanmu. 


Buat Hanum, tenanglah jiwamu disana bersama Allah. Semoga dikau ditempatkan di Syurga Allah bersama para solihin. Semoga kita dipertemukan kelak di Jannah, nantikan kami. Doa buatmu kami utuskan tidak putus putus, Insyaallah. Jauh dari sudut hati ini, aku merinduimu. And, this is for you babe,


Buat pembaca sama sama kita doakan roh adinda Airyz Hanum ditempatkan bersama hamba hamba Allah yang bertakwa. Ameen.

Monday, April 23, 2012

#048


True indeed! Haha~


Friday, April 20, 2012

#047

Ya Allah, aku terlalu sedih. Hanya padaMu aku mengadu. Blog sebagai kenangan kenangan pada waktu2 akan datang, apabila dibaca semula akan teringat pada detik detik dan waktu ketika aku menulis ini. Tak dapat menahan air mata dari bercucuran. Ya Allah, andai kesilapanku ini padanya sangat besar pada pandanganMu, ampunilah aku. Mungkin tak terucap semuanya, mungkin tak dapat di zahirkan dengan perbuatan, mungkin tak terlihat oleh pandangan, tetapi hanya Engkau sahaja yang mengetahui apa yang ada di dalam hatiku ini Ya Rabb. Manusia bukan siapa siapa untuk menilai seseorang, mereka tidak tahu apa apa, mereka tidak tahu apa yang sedang dilalui seseorang, mereka tidak tahu perasaan itu, mereka tidak tahu apa yang difikirkan itu, mereka tidak  tahu apa apa, sungguh! Namun Ya Allah, hanya dengan kuasaMu, Kau sentuhlah hatinya, begitu juga hati ini disaat aku alpa, disaat aku terlepas pandang, disaat aku terlalu mengejarkan dunia. Berikanlah aku peringatan peringatan yang mampu mendekatkan diri denganMu Ya Allah. Mainan shaitan itu amat hebat, bisikan bisikan dari mereka mampu mengeraskan pemilik pemilik hati hambaMu ini. Hanya kepadaMu aku berharap, dan kepadaMu jua aku memohon pertolongan. Leraikanlah kesulitan ini, aku tiada tempat mengadu selain dariMu. 

Stop crying maryam, big girls dont cry!

Thursday, April 19, 2012

#046 Syafakallah

May Allah grant you quick recovery and may you get well soon. 
Syafakallah.

Be strong dear, take good care of yourself. 
You have a lot of people that need you on, 
including me. 
I dont think the world would be the same without you. 
I'll continue to keep you in my daily prayers, insyaallah.

Hugs and Love.

Tuesday, April 10, 2012

#045 Photographer

Assalamualaikum wbt.

Hmm, dah masuk bulan April dah. Sekarang cuti midsem, seminggu, pastu naik cuti, midterm exam. Pastu study lagi sebulan lebih dah start final exam pulak. Masa tu pun dah June. Pastu sibuk nak cari kerja. Pastu puasa, pastu raya, pastu raya haji, pastu, pastu, pastu...

Since cuti midsem seminggu ni, i grabbed little of my time, settle sikit sikit tuk wedding preparation. So starting with wedding photographer, sebab aku memang taksub bab camera and pictures. I didnt say that I like to take pictures, but I really love to stand behind the camera. And if someone ask me to blow a candle and make a wish, or ask me to make a wish under a shooting star, I wud definitely wish for a DSLR camera, at any brand. (followed by pagesssss of other wishes things-that-impossible-for-me-to-get it, haha).

So yeah, Ive added quite huge numbers of photographers on my facebook, and I get interested with one of them where I think hasil kerja diorang sangat kena dengan jiwa muda aku ni, Orange Photography if you ever heard. Ni link dia on Fb, http://www.facebook.com/pages/Orange-Photography/134572526581016. After a few time discussion with him, we decided to take this photographer for our wedding day soon, insyaallah. And I ada berbalas email few times dengan brader ni, nama dia Ayman untuk package2 yang diorang offer, we end up by taking package yang paling murah yet paling coool pada aku (sebab die, ORANGE! haha). 

Saudara, terima kasih bebanyak la sebab bagi saya tanggungjawab tuk handle pasal photographer ni, saya teramatlahhh suka! Haha.. Yes, kitorang divide kerja kerja for wedding preparation sebab, nampak sweet sikit bila bekerja bersama.. Hoii, takdelah! sebab insyaallah hanya 1 kenduri je yang akan dilaksanakan, maka apa yang penting, kerjasama~ (sila baca dengan nada Wonder Pets yea..)

As promised,  after making an appointment with Ayman, I went to his studio at Batu Caves this morning, together with my mum and my youngest sister, Muthmainnah. Janji dengan Ayman pukul 11pagi, and alhamdulillah we reached there just on time. Even kitorang tak familiar sangat dengan jalan nak ke sana, pakat main redah je tadi, dengan izin Allah, sampai jugak. We discussed many things at the meeting. And sempat snap beberapa hasil kerja Orange Team, memang teruja and sangat kagum and sangat puas hati lah. Ada jugak bercita cita nak jadi photographer, semoga termakbul satu hari nanti.
Pehh, kau nak bagi mama bising?? :p

10 x 12 Custom Album yang sangat cun!

Wedding calender with wedding picture, 
sweet je kan kalau letak kat office table? Hee..


Untuk package yang aku ambik, these are the few 'best thingy' that Orange Team offered us ;

- Nikah + Sanding Ceremony
- Unlimited Hours
- 10 x 12 Custome Album
- Poster Frame 16 x 24
- Calender 2013
- Unlimited DVD pictures
- Free outdoor
Ouh yea, package that I choose earlier tu rupenya dah naik harga. Boleh kata package yang aku discuss dengan Ayman masa tu still murah. And yang eksitednye, since dah tak wujud lagi dah package lama tu, Ayman still offer package baru tu dengan harga yang lama, boleh kata rezeki aku jugak lah. Alhamdulillah, kata orang rezeki orang nak kawin la tue, woha! XD


Poster Frame 16 x 24

Around 1230pm discussion end. Then kitorang gi lunch dekat Chinese Muslim Restoran located not far from the studio. The food was alhamdulillah, sedappp! Nasi Ayam terbaik! After makan, terus balik rumah. On the way back tu sangat la panas kat KL. Yet, alhamdulillah sampai jugak dengan selamatnya tepat jam 2 petang (singgah al Ehsan, kekononnya nak beli kasut tuk gi kuliyyah, tapi takde yang berkenan).

 A sister is a gift to your heart, and a friend to the spirit ;)
Thank youuu sebab teman akak settlekan tuk wedding ni sampai tertido dalam kete otw back. 
Look at her, she is soo cute with her teddy!

And sesampainya kat rumah, benda ni je aku ngadap sampai maghrib tadi. Maklum la, teruja. 
Wedding checklist, budget & guest list

Lepas ni nak check on list yang belum settle, banyaknyer nak kena prepare! Woha!
Semoga Allah permudahkan semuanya buat kami sehingga ke akhirnya, ameen. 
Sekian.


Saturday, April 7, 2012

#044

Someone asked me if I missed you,
I didnt answer, I just closed 
my eyes and walked away..
Then I whispered..''so muchh''

I'm counting days for you to come back,
roughly about 177 days more..  

Wednesday, April 4, 2012

#043 UUM Archery Members, I miss you guys!

Assalamualaikum wbt.

Well, wohoo know what? I'm listening to Stuck With You song by Huey Lewis & The News, while I'm typing this. Oh come to the next track, I Dont Have The Heart by James Ingram, hehe. Yeah, it's an old song! Maklum jelah, jiwa orang tua tua, nak buat macam mana, haha! I simply love oldies love songs from 80's 90's. And I dont know why. Maybe sebab Walid and Mama antara peminat tegar lagu lagu lama ni, songs like I Wont Last a Day Without You by Carpenters, A Song For You by the same singer, Que sara sara (whatever will be will be), and many more! : those are the songs they used to sing, when I was in my childhood days! Ohh rindunyer! ;)

But that is not the story that I wanna write here today, it is just related a bit. Well yeah, when I listen to those songs, I started to miss all my friends. Archery members, yup them all, very much! I miss the time we spent together, I miss how we used to talk, even kenal tak lama, the memories with you guys sticking hard here in ma mind! I miss all the joking around we used to do. I miss how you used to non-stop talking, sampai kene marah dengan Mr. Shuban, and ada yang siap sleng Sabahan pulak tuh, oh lovely!

To all Archery members, I miss making memories with you guys! A special thanks for caring to Mr.Shuban. For love and tenderness, your patience and generosity, and boundless thoughtfulness. You imprint lives forever in our hearts and in our minds ;)

Robin Hood's wife, the grass shooter! (instead of apple) Haha

The Guys

The Girls


If I could turn back time, I want to be with my friends forever.

Monday, April 2, 2012

#042 USM - GMJ 2012

Assalamualaikum wbt.

Ya, kelihatan agak lama jugak lah aku tak menulis, dua entry sebelum ni pun just post picture.jpg je. Insyaallah kalini, just nak share sket pasal aktiviti yang aku join Jumaat lalu. Mungkin ramai di antara kita sedia maklum tentang program ini, khususnya dalam kalangan mahasiswa IPTA. Di mana himpunan ini turut dijalankan di beberapa buah negara di seluruh dunia. 

Well, 30 March 2012 lepas, Program Himpunan Solidariti Palestin Mahasiswa ''Global March to Jerussalem'' telah berlangsung di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. So lebih kurang 800 orang pelajar jugak lah pelajar yang turut serta untuk perhimpunan tu. Memang sangat mengkagumkan melihat semangat mahasiswa mahasiswa ni dalam memperjuangkan bukan sahaja terhadap pembebasan Palestin, tetapi juga isu isu berteraskan hak asasi manusia. Kita sebagai mahasiswa ni kena sentiasa alert tentang perkembangan isu semasa umat Islam, terutamanya apa yang berlaku di negara negara Islam, Palestin, Gaza, Syria, tidak kurang juga tentang keadaan Masjid Al Aqsa sekarang ini.


Himpunan yang di laksanakan di USM ni bukan sahaja melibatkan pelajar USM, tetapi termasuk IPTA dan IPTS di utara semenanjung Malaysia, termasuk lah universiti aku, UUM, hehe. UUM hantar sebuah bus melibatkan lebih kurang 20 orang pelajar untuk menyokong himpunan tersebut. Alhamdulillah aku juga turut berpeluang untuk turut serta perhimpunan tersebut, sedikit sebanyak ia mengetuk pintu hati ini, memberi banyak keinsafan dan kesedaran, betapa banyaknya perbezaan yang belaku pada negara kita, dan negara mereka. Betapa rakyat kita lebih banyak mementingkan diri dan perut sendiri berbanding mereka lebih mementingkan ummat yang ketakutan dan berada dalam keadaan tidak selamat dimana mana, belum di kupas tentang bekalan makanan, perubatan, pakaian dan sebagainya. 

Namun persoalannya, sejauh manakah kita bersyukur? Sejauh manakah kita sayangkan saudara2 kita disana? Sejauh manakah kita mendoakan tentang keadaan mereka? Sejauh manakah kita bersabar dengan ujian dan musibah yang Allah berikan? Dan sejauh manakah persiapan kita untuk menghadapi kematian sedang kematian menanti mereka pada bila2 masa. Allahuakbar! Persoalan ini aku tujukan khas buat diriku yang sering alpa dengan mainan dunia. Ya Allah, kejutlah aku dengan peringatan peringatan ini sentiasa, semoga aku terus tunduk dan terus sujud kepadaMu Ya Allah.

Ni antara gambaran suasana ketika aku di sana. Perhimpunan aman di perkarangan Masjid Al-Malik Khalid USM bagi membantah tindakan Israel yang mencabuli kedaulatan Palestin pada bulan Mac 1976.

 Wakil YDP MPP UUM, Amer Izzuddin Abd Rasid 

 Anak anak pelajar antarabangsa, USM. Seriously semangat giler!



  Gabungan pelajar UUM & USM

Tandatangan dan ucapan mahasiswa yang hadir himpunan GMJ

Gabungan mahasiswi IPTA/S Utara Semenanjung Malaysia

Gabungan mahasiswa IPTA/S Utara Semenanjung Malaysia

Nota Kaki : Semoga kita semua terus thabat dalam perjuangan Islam, Insyaallah.