Saturday, April 28, 2012

#049 I knew I loved you before I met you


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, nikmat kasih sayang pencipta dan insan masih hangat terasa. Terima kasih buat insan insan yang menyayangi diri ini sehingga ke hari ini. Cinta daripada mama walid yang tiada berbelah bahagi, cinta daripada adik beradik, abang Shuaib, Shauqi, Maisarah, Soleh & Muthmainnah, kasih sayang dari bakal imamku, (Wahh!! haha) juga family beliau, cinta dari sahabat sahabat, Kak Hana yang kini kommited dengan dunia pekerjaan, Husna yang berada nun jauh di bumi anbiya, Munirah yang baru menceburi dunia perkerjaan yang meletihkan, teman teman seperjuagan, sahabat MIAS, tak ketinggalan Yaqeen n Yaya sebagai penghibur hati dan peneman yang setia dikala ini. Alhamdulillah, terasa diri ini tiada kekurangan bila bersama mereka. You guys really made my day, everyday! 

Harini merupakan ulang tahun kelahiran arwah Airyz Hanum Haji Ahmad yang ke-24.  Sebaya dengan aku. Namun Allah lebih menyayanginya, pada tanggal 27 Ogos 2008 bersamaan 25 Syaaban 1429, arwah telah pergi bertemu Tuhan yang menciptakannya. Arwah merupakan adik bongsu kepada Kak Hani, juga adik kepada Anjah. Aku juga belum pernah berjumpa dengan arwah. Tetapi tak tahu kenapa rasa rindu kepadanya sangat menebal di hati. Aku tahu perjalanan hidup arwah melalui apa yang family arwah ceritakan padaku. Sedih. Apa yang aku dapat gambarkan daripada apa yang mereka ceritakan, arwah seorang yang sangat baik dan tabah dalam menghadapi ujian Allah terhadap dirinya. Arwah Hanum tak pernah mengadu dan mengeluh kesakitan bahkan menganggap semua itu ujian buat dirinya. Seorang anak yang solehah, hamba yang taat pada perintah Allah, sahabat yang baik untuk semua. 


Kadang kadang aku terfikir, kalaulah arwah masih hidup, mesti kami rapat, ada teman bersembang, boleh pergi shopping sama sama, naik kereta sama sama and for sure Hanum yang kena drive sebab aku tak pandai bawak kereta walaupun ada lesen. And sambil Hanum drive kitorang singgah beli aiscream cornetto and aku suap dia, yelaa, kan die tengah drive, mana boleh pegang ice cream. Ada hari lain boleh ajak Hanum main bake bake cake kat rumah, carrot cake, apple cheese pie, blueberry cheese tart ke. Mesti seronok! Then kalau Hanum plan nak tidur rumah aku ke, tak payah la die bawak baju, boleh je pinjam baju aku. Share share, sama je size kan. Over the wikend kalau takde buat apa, boleh calling calling ajak buat outdoor, cam archery ke, paintball ke. Seronoknya, Hanum!

Namun kasih sayang manusia tiada yang abadi. Allah lebih jauh menyayangimu. Kami redha akan takdir yang telah disusun indah buatmu. Namun ketahuilah sayang, mereka sangat sangat menyayangimu, mak juga tak putus putus mendoakan kebahagiaanmu di sana. Aku juga begitu. Sangat menyayangimu, Hanum. Meskipun kita tiada peluang untuk bersua, kehilanganmu juga turut aku rasakan. Tarikh hari lahirmu aku tandakan di kelender diaryku sejak awal tahun, takut terlepas pandang, namun setiap kali aku selak buku itu, setiap kali itu aku juga aku terkenangkanmu. 


Buat Hanum, tenanglah jiwamu disana bersama Allah. Semoga dikau ditempatkan di Syurga Allah bersama para solihin. Semoga kita dipertemukan kelak di Jannah, nantikan kami. Doa buatmu kami utuskan tidak putus putus, Insyaallah. Jauh dari sudut hati ini, aku merinduimu. And, this is for you babe,


Buat pembaca sama sama kita doakan roh adinda Airyz Hanum ditempatkan bersama hamba hamba Allah yang bertakwa. Ameen.

3 comments:

mujahidah Qawiey... said...

Semoga tempatkan hanum dikalangan insan soleh solehin...

Islamic_Muslimah said...

AL-Fatehah..
if arwah masih ada, mst kome jadi bestfren ^_^ moga arwah d tmpatkan di sisiNYA, amin..

Maryam Rahman said...

Kak Hana : Urm, kan? Dah r sebaya..kalau me hang out ngn akak pun, mesti me angkut HAnum skali kan? Allah lebih menyayanginya. Al Fatihah