Friday, March 23, 2012

#038 Muhasabah buat insan yang bergelar manusia..

Bismillahirrahmanirrahim..

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aahhh..kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Dia sajikan. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.


Dia bertanya kepadaku, adakah kamu mencintai Aku?
Aku menjawab, sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.
Kemudian Dia bertanya lagi, jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu mencintai Aku?
Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidakku sedari kepentingannya.
Kemudian aku jawab, tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?
Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tidak mampu aku lihat?
Kemudian aku berfikir, ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dam mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya.
Lantas aku menjawab, amat sukar abgiku membayangkan keadaanku sedemikian rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaiMu Ya Allah.
Dia bertanya lagi, jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan mendengar kepada kata-kataKu?
Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudia aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga, tetapi menggunakan hati.
Aku jawab, walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku tetap menyintaiMu.
Dia menyambung lagi persoalanNya, jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?
Aku bertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita, tidak penting bagaimana bunyinya.

Kemudian aku menjawab, sungguhpun aku tidak mampu untuk menyembunyikan pujian bagiMu. 
Aku akan tetap memujiMu.
Dan, Dia terus bertanya lagi, Adakah kamu benar benar menyintaiKu??
Dengan nada tegas dan penuh keberanian, aku jawab dengan yakin, ya, benar Tuhanku. Aku menyintaiMu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan tuhan yang sebenar. Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi,
kalau begitu, mengapa kamu masih melakukan dosa?
Aku jawab, kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai. Aku tidak sempurna, aku bukan maksum.
Kalau begitu mengapa ketika kamu senang dan gembira kamu lupakan Aku? Kamu lari jauh dariKu? Dan mengapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan, kamu terus ingat ke padaKu? 
Kamu datang dekat dan merayu kepadaKu? 
Aku tidak mampu berkata apa apa. Yang kusedari, titisan panas mengalir turun membasahi pipiku.

Dia menyambung lagi, 
Mengapa kamu buat begini? Kadang kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu, tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? 
Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?
Kurasakan titisan panas membasahi pipiku tanpa henti. 
Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebar suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika aku memberi peluang untuk berkhidmat dijalanKu? 
Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak mempunyai jawapan bagi persoalan persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan..atau alasan..? 
Namun tiada yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata lagi, 
Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali aku berkata kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. 
Aku turunkan kepadamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak mengambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. 
Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu, dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara. SambungNya lagi. Kini...adakah kamu menyintaiKu?
Aku tidak mampu menjawabnya lagi. T_T

Bagaimana harus aku menjawab persoalan ini? Aku malu dengan diri sendiri. Aku menangis, aku merintih, Ya Allah, ampunilah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambamu Ya Allah.. Kemudian Dia menjawab,
SifatKu Pengampun, barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya aku mengampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu. 
Aku bertanya kepadaNya, mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku??
Dia menjawab, 
kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali kali tidak akan mengabaikanmu. T__T

Apabila kamu menangis, Aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintahanmu.
Apabila kamu melonjak kegirangan, Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu.
Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat.
Apabila kamu jatuh, Aku akan membangkitkanmu.
Apabila kamu keletihan, Aku akan membantumu.
Aku akan tetap bersama samamu hinggalah hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama lamanya.
Seingat ingat aku, aku tidak pernah menangis begini. Dan buat kali pertamanya dalam hidup ini, aku benar benar solat dalam erti kata sebenar.

Nota kaki : Aku perlukan Mu Ya Allah.
Aku perlukan usrah untuk diriku.
Pimpinilah aku Ya Allah. 

5 comments:

mujahidah Qawiey... said...

Allahuakhbar... ukhtie engkau ukhtie ku dunia akhirat dan ukhtie ku tika aku sedeh dan gembira ^__^ semoga ukhuwwahfillah ini kekal hingga ke syurga....

Islamic_Muslimah said...

Subahanallah..akhirnya dirimu tlh bertemu dgnNya, sedangkn aku msh terkapai2.. moga dirimu sntiasa d rahmatiNya, amin..
Alhamdulillah..syukron ats perkongsian hati dn iman T_T

Islamic_Muslimah said...

Subahanallah..akhirnya dirimu tlh bertemu dgnNya, sedangkn aku msh terkapai2.. moga dirimu sntiasa d rahmatiNya, amin..
Alhamdulillah..syukron ats perkongsian hati dn iman T_T

Islamic_Muslimah said...

Subahanallah..akhirnya dirimu tlh bertemu dgnNya, sedangkn aku msh terkapai2.. moga dirimu sntiasa d rahmatiNya, amin..
Alhamdulillah..syukron ats perkongsian hati dn iman T_T

Maryam Rahman said...

Aku juga masih mencari, kadang2 terfikir tentang masa depan, mampukah aku istiqamah dalam berbuat kebaikan? *tidak lah baik sangat pun skung ni, namun rasa selamat sbb ada akhwat2 disisi ketika ini* mengetahui bahawa Allah berkuasa untuk membolak balikkan hati manusia, aku risau :'(

Rasulullah saw ada bersabda, “Sesungguhnya semua hati manusia berada di antara dua jari dari jari-jari ar-Rahman (Allah Ta’ala), seperti hati yang satu, yang Dia akan membolak-balikkan hati tersebut sesuai dengan kehendak-Nya”,

“Wahai Allah Yang membolak-balikkan hati (manusia), palingkanlah hati kami untuk (selalu) taat kepad-Mu.”

Semoga penempuhan alam rumah tangga selepas ini, dengan kehadiran pengemudi bahtera, menguatkan lagi iman, sama2 mencari redha Allah. Insyaallah. Doakan!