Monday, April 2, 2012

#042 USM - GMJ 2012

Assalamualaikum wbt.

Ya, kelihatan agak lama jugak lah aku tak menulis, dua entry sebelum ni pun just post picture.jpg je. Insyaallah kalini, just nak share sket pasal aktiviti yang aku join Jumaat lalu. Mungkin ramai di antara kita sedia maklum tentang program ini, khususnya dalam kalangan mahasiswa IPTA. Di mana himpunan ini turut dijalankan di beberapa buah negara di seluruh dunia. 

Well, 30 March 2012 lepas, Program Himpunan Solidariti Palestin Mahasiswa ''Global March to Jerussalem'' telah berlangsung di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. So lebih kurang 800 orang pelajar jugak lah pelajar yang turut serta untuk perhimpunan tu. Memang sangat mengkagumkan melihat semangat mahasiswa mahasiswa ni dalam memperjuangkan bukan sahaja terhadap pembebasan Palestin, tetapi juga isu isu berteraskan hak asasi manusia. Kita sebagai mahasiswa ni kena sentiasa alert tentang perkembangan isu semasa umat Islam, terutamanya apa yang berlaku di negara negara Islam, Palestin, Gaza, Syria, tidak kurang juga tentang keadaan Masjid Al Aqsa sekarang ini.


Himpunan yang di laksanakan di USM ni bukan sahaja melibatkan pelajar USM, tetapi termasuk IPTA dan IPTS di utara semenanjung Malaysia, termasuk lah universiti aku, UUM, hehe. UUM hantar sebuah bus melibatkan lebih kurang 20 orang pelajar untuk menyokong himpunan tersebut. Alhamdulillah aku juga turut berpeluang untuk turut serta perhimpunan tersebut, sedikit sebanyak ia mengetuk pintu hati ini, memberi banyak keinsafan dan kesedaran, betapa banyaknya perbezaan yang belaku pada negara kita, dan negara mereka. Betapa rakyat kita lebih banyak mementingkan diri dan perut sendiri berbanding mereka lebih mementingkan ummat yang ketakutan dan berada dalam keadaan tidak selamat dimana mana, belum di kupas tentang bekalan makanan, perubatan, pakaian dan sebagainya. 

Namun persoalannya, sejauh manakah kita bersyukur? Sejauh manakah kita sayangkan saudara2 kita disana? Sejauh manakah kita mendoakan tentang keadaan mereka? Sejauh manakah kita bersabar dengan ujian dan musibah yang Allah berikan? Dan sejauh manakah persiapan kita untuk menghadapi kematian sedang kematian menanti mereka pada bila2 masa. Allahuakbar! Persoalan ini aku tujukan khas buat diriku yang sering alpa dengan mainan dunia. Ya Allah, kejutlah aku dengan peringatan peringatan ini sentiasa, semoga aku terus tunduk dan terus sujud kepadaMu Ya Allah.

Ni antara gambaran suasana ketika aku di sana. Perhimpunan aman di perkarangan Masjid Al-Malik Khalid USM bagi membantah tindakan Israel yang mencabuli kedaulatan Palestin pada bulan Mac 1976.

 Wakil YDP MPP UUM, Amer Izzuddin Abd Rasid 

 Anak anak pelajar antarabangsa, USM. Seriously semangat giler!



  Gabungan pelajar UUM & USM

Tandatangan dan ucapan mahasiswa yang hadir himpunan GMJ

Gabungan mahasiswi IPTA/S Utara Semenanjung Malaysia

Gabungan mahasiswa IPTA/S Utara Semenanjung Malaysia

Nota Kaki : Semoga kita semua terus thabat dalam perjuangan Islam, Insyaallah.

2 comments:

Islamic_Muslimah said...

Woha! mcm best jak, syok2..

Maryam Rahman said...

Best gila kot! Kalau akak ada lagiii best! Seyesss!!